akhirnya....  

Friday, December 11, 2009

hari ni 10hb.....ye hari yang di nanti oleh semua student uitm sbb result kuar hari ni...wah wah aku pun harus la berkobar-kobar nk tgk result....

mlm ni kul 8.30 mlm aku ditemani anak buah aku Haziq Haikal ke cc kat pekan ni...erm dh la rumag aku jauh dari pekan, nasib baik ada yang meneman....

then aku teruskan tujuan utama aku untk masih ke laman web UITM n bukak student portal...and finally Alhamdulillah, keputusan adalah tidak mengecewakan walaupun xsampai tahap DL at least aku berjaya gak tamat dgn pointer 3 above...ni semua gara2 kesilapan aku sem lepas....

so akhirnya aku bergelar graduan dan kini aku harus semakin focus untuk mencari kerja....
lallalal kerja la.......adoiyai mana nk cari keje ni... so kepada sesiapa yang baca blog aku ni, tolong la kalau ada keje kosong roger2.....

erm perkembangan aku skrg just stay kat kampung disamping mencari idea untuk skrip n novel...so pada sapa2 nk sinopsis untuk novel or drama script .....aku ada a few, nk sila la roger2 saya....sekian....

Yahoooooooooooooo!!!!!!!!!!!!!!!!

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


pentingnya bahasa mandarin.....  

Wednesday, December 9, 2009

erm hari ni aku masih mencari-cari lagi di surat khabar dan internet mengenai iklan-iklan untuk jawatan kosong. dan diketika ini aku sedang berada di cc kat pekan dekat kampung aku. tujuan adalah nk tgk result tp kul 10 mlm br sistem on, makanya aku akan kembali lagi esok untuk melihat result aku sama ada status aku sebagai student tamat atau tidak.

erm untuk persediaan, aku search lagi beberapa iklan jawatan kosong..... aku dapat email dari job street dan aku bukak link jawatan tersebut, .... jawatan sebagai copywriter.... syarat2.very good speak n write skill in English dan MANDARIN ( good in Malay)...... alamak aku xtau langsung pasal mandarin ni....erm so skip jawatan tu. aku tgk lagi jawatan lain. as a HR utk satu company ni. syarat...good in Malay n English....keutamaan untuk mereka yang fasih berbahasa Mandarin..... gosh.... sekali lg Mandarin....

actually ni bukan 1st time, before this byk dh aku try search internet about vacancy job ni...then from that br aku sedari kebanyakan kerja-kerja tersebut ada meletakkan Mandarin as 2nd or 3h language sbg syarat....so what that mean??

look now betapa pentingnya bahasa mandarin sehingga sometimes ianya mengatasi bahasa Melayu yang menjadi bahasa rasmi negara ni.

makanya adakah wajar bahasa mandarin ini dijadikan sebagai bahasa ke 3 kita?.... adakah wajar disarankan subjek bahasa mandarin menjadi subjek di semua institusi pendidikan??

erm aku termenung....dan terdiam....silent.....
(just keluhan kecil hehehe)

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


new pix of me....  

Thursday, October 22, 2009

@ iela n nopa graduation day........

me & my chenta (Fazrul)

LV....erm my dream..as asst PM of SHoppaholic produce by RCK

kat AKPK @ Shopaholic shooting day


gurl with the camera haha ni time shot docu.....me suppose to be as a audioman but tukar menjadi operator camera....lalala bedal je la labu.....

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


BARAKA.....nice documentary film....  


Tajuk: BARAKA
Tahun: 1992
Genre: Documentary
Pengarah: Ron Fricke

filem ini aku tonton masa kelas dokumentari tadi....dan 1st time td aku tgk bdk2 kelas aku kuar kelas lambat....hehe

ok filem ni dimulakan dengan pemaparan agama-agama yang ada kat dunia ni, Yahudi, Islam, Buddha...apa yang menariknya tentang dokumetari ni, shot dia superb....teknik fast dia mmg cun....then storynya pun jelas even xde "voice of god" takde interview tapi jalan cerita sgt jelas tentang apa yg ingin disampaikan oleh pengarah. aku terbaca sedikit informasi tentang filem ini, pengarah telah pergi lebih dari 23 buah negara dan kalau x silap penggambaran mengambil masa hampir 4 thn (nanti aku akan dptkan info yg lebih tepat)
pemaparan yang cuba disampaikan adalah
1st- perbezaan agama dan kepelbagaian agama diseluruh dunia.
2nd: lifestyle yang jelas berbeza jika dibandingkan antara negara-negara yang berada kat africa, india, berbanding dengan negara like Korea, Japan, sangat2 difference
dari aspek fahsion, pekerjaan, architecture,
3rd: dipaparkan tentang keunikkan yang ada kat dunia ni, flora n fauna...fall yang sgt cantik, shot burung terbang kat awan....membuatkan aku kagum!!!

perbezaan yang dipaparkan juga jelas kesibukkan yang dialami oleh negara2 maju dan ketenangan yg dialami oleh penduduk kat gurun2. nampak miskin tp mereka tenang. wajah2 3 org kanak yang duduk di pendalam dgn tanpa pakaian, dibaluti dengan uraian manik2, dan 3 orang kanak india yang memegang bakul di tempat pembuangan sampah dan mereka sedang mencari makanan atau apa saja yang boleh digunakan semula. berlaku perebutan sewaktu lori sampah datang...aduh daif sungguh mereka.
dan 3 orang kanak2 perempuan di depan LRT dan berpakaian seragam sekolah. bersih wajah mereka. pengarah menggunakan 3 orang kanak2 yang berbeza sebagai represent tentang keadaan mereka.....

melihat kepada keadaan yang berlaku dinegara-negara tersebut, aku sebagai rakyat Malaysia, sangat2 bersyukur sbb aku tinggal kat negara ni, dan bertuahnya aku mendapat family yang walaupun x senang tp cukup dengan apa yg ada....Alhamdulillah....

banyak yang menarik tentang dokumetari ni....walaupun hakikatnya aku xsempat nk tgk citer ni sampai habis...hope i can get a copy so leh layan...hehe

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


rindu bangat untuk post entry!!!!!!  

hye.....erm sungguh lama aku xnaip apa2 kat blog ni...kenapa??? apa yg telah berlaku pada aku??? kemana aku pergi??...

hehe sebenarnya xde apa cuma sgt2 busy sem ni sbb sem ni merupakan sem terakhir (insyaAllah) aku bergelar sebagai student, makanya sebagai seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda, aku perlu menyiapkan thesis sebagai pelengkap untuk gelaran itu. argghh thesis membuatkan hidup aku.....dan rutin aku juga telah berubah...
bangun pagi, celik mata, tangan terus capai button power on laptop...then sementara tunggu on, gi toilet dan buat apa yg sepatutnya. then duduk kat depan laptop....kepala terfikir..alamak dateline nk dekat.....makanya terus membuka file dan terus menaip...tp berselang seli dgn berfacebook...haha camne la kene nk cepat siap.....
itu la rutin aku setiap hari hinggalah kesaat ini....

dan kebelakangan ini juga kehidupan aku banyak berubah, haha aku dh berpunya kembali...bertemu dgn insan yang bernama Fazrul...(lain kali aku citer panjang pasal dia...hehe)

dan kebelakang ini jugaklah aku sangat2 kesempitan membuatkan aku berkerja free lance dengan iela..keje ngan RCK...so ALhamdulillah dpt la aku side income...tp tu la aku kene kerja keras sikit utuk bahagikan masa antara keje, thesis n life style serta menjaga hati org tersayang..hehe....

sangat banyak benda yang nk aku tulis kat dlm ni tp nanti la...sikit2 aku akan update ok.....sebenarnya aku hampir terlupa dengan blog ini sehinggalah pensyarah aku bertanya kepada aku di dalam sebuah kelas dan time tu aku tgh kelaut, xtumpu pun apa yg dia katakan...tetiba dia tanya aku...terdiam aku...."Julie awak ada blog kan....saya dh baca blog awak"...time tu aku baru teringat...aha la lama dh aku xupdate blog aku....hehe makanya hari ni aku amik sedikit kesempatan untuk menulis sedikit entry....k be continue.....

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


FFM 22: TAHNIAH UNTUK 3BM & RUMAH KECIL ADA KELAMBU....  

Monday, August 3, 2009

Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan tahniah untuk semua ahli produksi 3 BUDAK MELAYU (arahan Mamu) dan crew produksi RUMAH KECIL ADA KELAMBU directed by Wak Dol....
telah berjaya memperolehi percalonan akhir top 3 untuk FESTIVAL FILEM MALAYSIA yang ke-22 yang bakal berlangsung pada hujung minggu ini.
xkisah apa pun keputusan nya nanti aku mengganggap kita semua sudah memang.....
teringat kata-kata Azmir (producer RKAK) sewaktu aku, dia dan BEBRA (prodecer 3BM) pergi menghantar borang untuk penyertaan bertarikh 5 julai 2009. kalau xsilap aku jam pada waktu itu menunjukkan hampir pukul 4.15 ptg sedangkan kami perlu menghantar borang tersebut di FINAS sebelum pukul 5 sbb itu adalah tarikh akhir penghantaran penyertaan.....waktu itu macam-macam yang berlaku dan hanya kami bertiga mengetahui......kami bertiga juga membawa amanat yang sangat besar oleh UiTM dengan membawa hampir 8 lagi pencalonan yang lain...iaitu karya kawan-kawan yang lain....masing2 risau...

Julie: azmir kau rasa sempat ke kita hantar ni??
Azmir: sempat kot, kita cuba je la dulu (azmir ni mmg seorang kawan aku yg always positive thinker)
Bebra: aha risau la xsempat nak hantar.....
Azmir: kau baca x kat paper masa pengarah odoi Odu di temubual selepas dia menang anugerah Karyawan Muda?
Julie: erm nape?
Azmir: dia cakap bahawa dia hantar penyertaan dia last minutes dan xsangka last minute tu la membawa kemenangan pada dia....
Julie: ye ke azmir??
Azmir: jadinyer kan kalau la salah satu yang kita hantar ni tercalon atau menang, mesti ko akan ingat saat ni....
aku dan bebra hanya tersenyum....

dan dialog itu la sedang bermain di minda aku, Alhamdulillah hasilnya, dua peryertaan yang kitaorg bawa itu tercalon ke top 3 walaupun belum tahu akan kemenangannya aku tetap bangga. sampai kat FINAS, kitaorg bertiga bersama seorang kawan kitaorg, MAMU (director of 3BM) tunggu kat sana. and hanya masa berbaki 15-10 minit lg pukul 5pm, kitaorg br sampai kat kauter...kesian akak tu terpaksa balik lewat sikit sebab uruskan penyertaan kitaorg...thanks to her....

aku rasa happy sgt sbb aku terlibat dengan kedua2 projek ini. RKAK- aku bidan terjun punya crew....tetiba hari shoting tu, aku menjadi Production Manager (PM) menguruskan makan minum utk krew...shot sewaktu hujan....dan banyak lg rintangan yang dihadapi tetapi bekerja dengan pengarah yang setiasa cool...WAK DOL akhirnya filem pendek ini berjaya....satu karya yang jujur dari hati pengarah....

3BM- erm projek final kitaorg. 1st feature film hasil sepenuhnya pelajar Honour Showcase ini dihasilkan dalam masa kurang dr 3 bln n very low budget, crew yg xprofessional, masa yang sangat singkat dan crew yang sangat ramai (makanya banyak kerenah) dan walaupun ada yg mengata kami buat filem ini hanya untuk markah, filem yg xde structure, kami terima semua kritikan. walaubagaimanapun Alhamdulillah filem ini juga berjaya ke top 3 FFM kali ni. erm tugas aku dlm produksi ini, as asst producer, making of, still photographer, marketing n promotion dan crew.semuanya sangat mencabar dan akhirnya projek ini berjaya disiapkan dan terlalu banyak masalah yang timbul sewaktu proses filem ini disiapkan....

walaubagaimanapun, aku rasa ini adalah satu kejayaan paling besar buat aku dan juga semua crew dlm produksi ini.....thanks to all dan tahniah kepada semua ahli produksi yang terlibat secara langsung atau tidak, kepada pihak FACT, dan pensyarah....harap2 kemenangan menyebelahi kita, AMIN....


3 BUDAK MELAYU

RUMAH KECIL ADA KELAMBU

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


24 tahun menjadi manusia.......  

Tuesday, July 28, 2009

27th july lepas maka genaplah aku menjadi hamba Allah dimuka bumi ini, aku menjadi anak kepada pasangan Dzali & Sofia dan aku menjadi diri aku sendiri selama 24 tahun.

aku yang telah aku lakukan selama 24 tahun ini???
arghhh telalu banyak benda baik n buruk berlaku setiap hari. adakah aku semakin matang, atau aku semakin naif dengan dunia ni??? jawapan ada pada diri aku sendiri. setiap hari adalah hari yang baru bagi aku, aku mencuba untuk menjadi yang terbaik setiap hari walaupun pada hakikatnya macam xde perubahan je....aku rasa aku perlu lebih fokus..maklumlah dh final kot.

pada 27 july, bila bangun dari tido, aku memanjatkan kesyukuran kerana aku masih diberi peluang untuk bernafas....Amin.... aku kejut anak buah aku bangun dan my sis (angah) wish bufday again....thanks...

then aku termenung seketika....dan berfikir...
apakah yang telah aku lakukan selama 24 tahun hidup????
tiba-tiba air mata aku menitis.....
cukup aku sendiri mengetahui apa yg telah berlaku.....

thanks pada semua yang sentiasa menyokong aku selama ini.....
life must go on.....

happy besday to me......

AddThis Social Bookmark Button

Email this post