Salam maal hijrah 1434H  

Wednesday, November 14, 2012

Maal hijrah.....
Jika ditanya pada Remaja masa kita, tahukah apa erti maal hijrah?
For them it's just a new year in Islam calander and it will be public holiday for them....
Dah masuk tahun 1434H...
Erm apakah azam kita?
Adakah masih mahu berada di takuk lama,
Mengulangi kesilapan yang lalu....
Ya Allah sempena menyambut tahun baru ini, berikanlah aku kekuatan untuk berubah untuk ke arah kebaikan....
Aku terlalu rindu dgn diri aku sebelum ni......
Ya Allah semoga doaku diperkenanakan....
Murahkan la rezeki aku Dan keluarga...
Amin, Amin ya rabbalalamin.....

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


I am back...  

Thursday, November 1, 2012

Hai.... Tetiba Malam ni terasa untuk menaip...rindunya untuk menulis Dan berkaryA, Lalu aku mencari balik blog yg aku cipta zaman study dulu and aku tinggalkan about 3 years. Being adult bukan sesuatu yg mudah terlalu banyak tangungjawab yang Perlu dipikul. A lot of thing yang berlaku sepanjang no entry kat blog ni. Nk tulis apa pun tak tau tapir yang penting aku rindu untuk menaip. Ok kita cerita satu persatu * membaca semula entry2 yg telah aku post dulu...ampun rindu zaman2 tersebut... * perkembangan terbaru, yup aku masih lagi berada di shah alam, staying here.. * kini aku berkerja di semua syarikat komunikasi terbesar di Malaysia - MAXIS.2 years already * yang penting I am still single....

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


erti satu hubungan  

Wednesday, November 3, 2010

sekian lama tak post anything dalam blog ni n labah2 pun dah start nk bersarang....
erm kerja baru membuatkan aku garang dan takde masa nk update anything. fb pun jarang2 aku update.

tak tau hari ni aku tetiba rasa sedeh...maybe bermula dari kes mlm td. before tido. aku cuba meminta tolong pada seorang sahabat dan pertolongan yang aku minta adalah sesuatu yang tak sepatutnya aku minta. si dia terus call aku dan marah kenapa aku perlu minta pertolongan yang sebegitu rupa. apa ertinya dia sebagai seorang sahabat kalau dia membiarkan sahabatnya yang lain memilih jalan yang salah? disini aku faham dan aku mula mengenali dirinya sebagai seorang sahabat. akhirnya aku temui jawapannya. thanks to him. malam tadi jugak dier memberikan kesedaran yang amat bererti untuk aku untuk menjalani kehidupan. aku sedar aku jauh dengan family, aku seorang diri dan aku kene hadapi semua kemungkinan dan masalah sendirian, dan aku perlukan kekuatan dan kekuatan itu datangan dari orang2 disekeliling kita. jangan tersalah pilih sebab if tersalah pilih, ianya akan membawa kepada masalah yang besar.

pagi aku bermula dengan ceria sebab bertemu dengan seseorang....dan hari bertukar menjadi sedey apabila buka fb, aku terima berita tentang perginya seorang sahabat. dia masih muda, sepanjang aku kenalinya, dia sangat ceria, suka bergurau dan suka menyakat tapi itulah dia yang pandai menyorokkan segala kesakitan yang dihdapainya selama setahun. ketabahan dirinya menghadapi masalah ini membuatkan aku berfikir, jika dia boleh menjadi secekal itu mengapa tidak aku....AL Fatihah untuk sahabat bernama NAJIB.

bila aku sedey aku akan call abah dan sedey itu hilang bila aku tau keadaan abah dan mak dalam keadaan yang baik....itu adalah kegembiran untuk diri aku...itu adalah satu hubungan yang sebenarnya.

ok kelas already start, masa untuk berhenti menaip...

see ya at next post.

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


yang bodoh itu dier  

Monday, October 11, 2010

Tak faham dengan seorang perempuan yang tidak dikenali, yang suka membodohkan orang lain walhal dia xpernah sedar yang sebenarnya dia yang sedang membodohkan dirinya sendiri. every people make mistake, and I know what I hav done. Yang si lelaki plak pun sama bodoh. Nampak naïf depan perempuan tapi rupanya SubhanaAllah camne la aku boleh mengenali lelaki yang macam ni. Betul kata orang biasanya orang yang Nampak baik ni sebenarnya dialah orang yang paling bahaya sebab orang yang macam ni bijak menyembunyikan keburukan sifatnya menggunakan muka yang dianugerahkan oleh Allah yang Nampak macam baik, jenis yang pijak semut pun x matilah. Bijak berpura-pura dirinya seorang yang naïf, bendul, serba serbi tak tau memang ish kesian la if tengok orang macam ni. Pandai meraih simpati. Bahaya tul if dapat berkawan or berjumpa dengan orang yang jenis macam ni. Tetapi hakikatnya, dia la kaki perempuan, suka main perempuan, pandai memujuk, penipu nak mampus. If geram plak dengan orang macam ni. Pandai plak mengucapkan kata-kata simpati, yang si perempuan plak cepat terperdaya, serah segala-galanya pada lelaki tu….aduh bodohnya dier. Bila dh rasa dirinya ditipu mulalah sibuk mencari kesalahan orang lain, tuduh orang lain perampas la, siap di bodohkan orang tu. Dia xsedar yang sebenarnya diri dia lagi bodoh tak ingat pasal nikmat yang sementara sampai diri sendiri boleh pregnant anak luar nikah. Lagi best duk tuduh aku macam-macam last2 dia yang salah orang. I am not stupid as u ar. Pastu menceritakan keburukkan lelaki tu kat aku plak. Sebenarnya aku pun xkisah sbb aku pun bkn ada apa2 dengan that guy. Neway actually I would say thanks to her sbb bgtau aku everything about that guy.lagi best sebenrnya this gurl tgh pregnant dengan lelaki tu, pastu siap perasan yang diri dier hot sampai ada lelaki lain yang sanggup bertanggungjawab untuk dier. Aduh seorang lagi lelaki bodoh yang muncul. Sanggup plak jd pak sanggup aduh siap cakap yang dia tak akan bodoh untuk berkawen dengan lelaki bodoh tu sbb dia tau lelaki tu bodoh……. Dan perempuan ni plak jangan ingat aku xboleh detect siapa dier sebenarnya…tunggu masa je nk mengantoikan dier or silap hari bulan she will be lost her job. Hehe jahatnyer aku. Erm dan yang kelakarnyer, tetiba satu hari aku terima one sms dr stupid gurl dan dengan bangganyer menjemput aku ke majlis perkahwinan dia dengan lelaki bodoh yang pregnantkan dia tu….aduh satu hari aku duk gelak dengan perangai budak pempuan ni. Dulu duk kutuk2 sgt lelaki bodoh tu, finally kawen jugak. Siap dengan banggannyer menjemput aku. Then aku plak xde masalah nak datang pun. Btw Alhamdulillah sebab finally kawen gak dierorg. Erm xsabar nk attend wedding both of this stupid people…..hehe sebenarnya bukan la diaorg stupid tp aku geram sebab suka2 nk kata aku stupid tp sebenarnya dia lagi stupid. Xsedar diri sungguh. Neway selamat pengantin baru………..

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


Yang Bergelar Lelaki 1 (part 1)  

Tuesday, September 28, 2010

Lelaki 1 (Part 1)

Dia yang bernama: Iskandar

Aku temui lelaki ini ketika berusia 16 tahun, dia mengajar apa itu erti rindu…erm…

“opss sori dik” kata seorang lelaki apabila tersentuh tangan aku apabila kami sama-sama terpegang sebatang pen yang berharga 80sen. Walaupun murah tapi itu memang pen favorite aku time sekolah-sekolah dulu.

“erm takpe abang ambil la dulu, banyak lagi pen tu”. aku berkata sambil menarik tangan aku dari tangan pemuda tersebut.

“erm takpe. Ladies first”, katanya sambil memberikan pen tersebut pada aku, dan aku hanya mampu mengucapkan terima kasih. Lalu meneruskan pencarian aku untuk benda-benda lain plak. Maklumlah time tu exam dah nak dekat so abah ada bagi duit untuk beli barang-barang untuk preparation. Selepas ambil pen tu aku berlalu ke bahagian fail plak. Tup-tup aku terpandang satu fail berwarna hijau dan ada lukisan kartun pooh…ye la zaman tu sangat glamor kartun-kartun Disney. Fail tu sangat menarikk minat aku menuju kearah fail tersebut. Dan nak dijadikan cerita, datang satu lagi tangan dari arah bertentangan turut sama mencapai fail tersebut.

“eh sori” cepat-cepat aku memohon maaf.

“Ish takpe, eh adik lagi”, kedengaran suara yang sama.

“lor abang lagi, aduh takkan nak beli fail ni jugak, ni fail orang pempuan la, ada kartun-kartun lagi” aku mula bersuara lagi kerana pelik, takkan orang lelaki macam dia nak beli fail camni.

“eh tapi memang abang nak beli fail ni, comel. Tak boleh ker?” dia menjawab.

Akhirnya aku mengalah, aku biarkan dia mengambil fail tersebut. Tapi diberinya fail yang berwarna hijau kepada ku dan dia mengambil yang berwarna biru tetapi cover yang sama.

“adilkan…..” katanya sambil berlalu.

Aduh pelik tu la mamat ni. Budak sekolah mana ni or student kat sini kot. Lelaki tersebut mula bermain di kepala sambil aku menuju ke bahagian shampoo dan shower. Mak pesan suruh beli syampu sebelum aku meninggal rumah tadi dan aku mencapai syampu rejoice 500ml dan terus menuju ke kaunter bayaran sebab aku kira dah terlalu lama aku kat supermarket itu dan perut pun dah lapar.

Setiba di meja kaunter aku terus meletakkan semua ketiga-tiga barang yang aku pilih dan tangan aku terus meraba-raba beg sandang aku untuk mencari not rm10 yang abah berikan sewaktu aku keluar dari rumah tadi. Alhamdulillah ada pun, dan tetiba sekali lagi aku terkejut, ada dua longgokkan dengan barang dan kuantiti yang sama diatas meja kaunter tersebut dan perlahan aku mengangkatkan kepala dan melihat kepada pemilik barang-barang tersebut dan sah orang yang sama. Sebatang pen yang bernilai 80sen, sekeping fail cover kartun pooh dan satu botol syampu rejoice 500ml.

“lagi, aduh ni nape tiru-tiru ni, dah takde keje lain ke?” aku mula meninggikan suara kerana sedikit bengang dengan keadaan itu.

“sori abang takde niat pun nak tiru adik, ok adik bayar dulu, ramai lagi orang beratur tu, ok jangan marah-marah”, dia cuba menenangkan aku.

Aku terus membayar barang-barang yang aku pilih dan terus meninggalkan mart tersebut. Kaki aku terus menuju ke sebuah kedai roti yang terletak di hujung bangunan sederet dengan mart tersebut. Setiba di kedai roti tersebut aku terus mencapai satu biji roti hot dog yang menjadi roti wajib dibeli jika berkunjung dikedai kek dan roti tersebut, kemudian mengambil 3 biji kuih tart telur untuk dibawa balik lalu membuka peti ais mengambil satu tin air cincau dan terus menuju ke kaunter bayaran. Konsep dikedai tersebut self service dan bayar sebelum makan. Selepas membuat bayaran mata aku melilau mencari meja kosong dan kebetulan ada satu keluarga sedang bangun untuk meninggalkan sebuah meja yang terletak betul-betul sebelah peti ais. Aku terus menuju ke meja tersebut. Dulang atas meja aku ketepikan dan duduk sambil membuka air tin. Tekak aku seakan-akan meronta untuk segera aku meneguk air cincau yang sejuk itu. Maklumlah pagi tadi selepas menjerit memberi komand kepada anak-anak buah pbsm di sekolah sehingga kini aku masih belum meneguk apa-apa air.

Sedang aku menikmati air cincau season tu tiba-tiba terdengar satu suara.

“hai adik, leh abang duk sini tak? Sebab takde meja kosong la” suara itu berkata

Hampir-hampir aku tersembur sebab suara itu betul-betul aku kenali dan aku terus berdiri dengan muka geram aku dan baru je aku nak buka mulut dia terlebih dulu bersuara.

“syuh….. jangan marah-marah ramai orang ni nanti adik malu, abang bukan ikut adik tapi kebetulan, saya duduk ye”, katanya sambil melabuhkan punggungnya dikerusi berhadapan dengan aku.

Aku terdiam dan sedar dikeliling aku ramai manusia yang sibuk berurusan dikedai ini. Mungkin weekend sebab tu ramai kot, aku turut duduk kembali.

“awak ni siapa hah, nape kita boleh beli barang yang sama dan tengok roti dengan air pun sama. Awak ni kenal kita ke?, kita tak kenal awak tau. Nape asyik ikut kita je” aku memulakan bicara.

“entah abg pun tak tau adik ni siapa, tapi tu la pelik dan mungkin inilah yang dikatakan jodoh” dia mula berseloroh

“dah la xpayah la nak mengarut. Nama abang siapa, duk mana dan keje ke belajar”, aku mula bertanya

“ok good, kita berkenalan ok, nama abang is, iskandar, asal perak dan umur 24 tahun, abang student akaun kat sini dan sekarang ni abang duduk kat tanam manis. Adik plak, sekolah kat sti kan”, dia mula memperkenalkan diri.

Sangkaan aku yang dia ni student ipt kat pekan ni memang betul.

“aha sekolah sti. Nama kita nadia dan panggil kita dya, duk kat kg olak batu, umur 16 tahun dan memang asal orang sini”, kali ni aku memperkenalkan diri aku dengan nada yang tenang.

Kami berdua berborak sehinggalah jam menunjukkan tepat 12 tengahari. Aku perlu segera pulang sebab perlu memasak tengahari untuk family dirumah dan aku perlu segera. Aku meminta diri dan Iskandar menawarkan dirinya untuk menghantar aku pulang kerumah, tetapi aku menolaknya kerana aku baru saja berkenalan dengan dia dan aku tidak pernah naik motor bersama lelaki selain dari ahli keluarga aku.


be continue....

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


Yang Bergelar Lelaki (intro)  

ya Ampun lamanyer aku xpost aper2 entry dlm blog aku ni. mmg nothing special about this blog but still byk citer yg xakan hilang.

so untuk entry kali ni aku akan post secara episod. entahlah masalah penggangguran yang sdg aku alami membuatkan aku rajin untuk menaip beberapa cerita yang mungkin boleh dikongsi bersama. cerita ni rekaan semata-mata, tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia. ini adalah dunia khayalan aku sendiri...maklumlah org kuat berangan. or terdapat watak yang sengaja aku ambil berdasarkan pengalaman aku sendiri..yang mana hehe xleh bgtau karang kantoi plak hehehe..sape2 yg tau tu diam2 sudah......

ok post berikutnya, lelaki satu part 1........

enjoy!!!!!

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


cinta katanyer  

Sunday, April 11, 2010

cinta,
indahkah ia?
bahagiakah ia?
sejatikah ia?
setiakah ia?
jujurkah ia?
pengorbanankah ia?

cinta
ia datang sesuka hati
dan pergi sesuka hati

cinta
buat kita lupa
buat kita lena
buat kita leka

cinta tiada tafsiran......

11 april 10: 4.55 pm

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


kerja...dan kerja  

erm alam study dh aku tinggalkan beberapa bulan yg lepas, then sebulan lepas aku abis study, aku menganggur ( acctually bukan la mengganggur just nk take a rest kat kampung dan menghabiskan masa dengan famili tercinta.) then after that mula membawa langkah sekali lagi ke Kuala Lumpur, dengan harapkan aku akan mendapat rezeki di sini. tp kenapa KL? nape aku x keje je kat BP or JB... alasan, alamak aku dh biasa dengan KL.
sampai kat KL, satu demi satu interview aku attend, erm macam2 tawaran kerja skrg, cuma nk tak nak jer. then akhirnya aku di terima bekerja kat sebuah bank kat KL ni. erm as a contract la tapi. then x kisah la sbb antara2 keje yg aku try, just company ni jerk yg bg aku highest salary. biasa la beb keje kat kl ni kene pilih gak brapa gaji yg di beri.

erm bulan pertama aku bekerja aku terpaksa korbankan dengan menjual laptop kesayangan aku.
terpaksa la berkorban kan...so rite now aku sedang berusaha ubtuk bekerja dengan gigihnyer. di samping itu sedang berusaha untuk mendapatkan batter job. hehehe dan sesungguhnyer aku merindui kerja2 di dalam industri huhuhu.....

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


akhirnya....  

Friday, December 11, 2009

hari ni 10hb.....ye hari yang di nanti oleh semua student uitm sbb result kuar hari ni...wah wah aku pun harus la berkobar-kobar nk tgk result....

mlm ni kul 8.30 mlm aku ditemani anak buah aku Haziq Haikal ke cc kat pekan ni...erm dh la rumag aku jauh dari pekan, nasib baik ada yang meneman....

then aku teruskan tujuan utama aku untk masih ke laman web UITM n bukak student portal...and finally Alhamdulillah, keputusan adalah tidak mengecewakan walaupun xsampai tahap DL at least aku berjaya gak tamat dgn pointer 3 above...ni semua gara2 kesilapan aku sem lepas....

so akhirnya aku bergelar graduan dan kini aku harus semakin focus untuk mencari kerja....
lallalal kerja la.......adoiyai mana nk cari keje ni... so kepada sesiapa yang baca blog aku ni, tolong la kalau ada keje kosong roger2.....

erm perkembangan aku skrg just stay kat kampung disamping mencari idea untuk skrip n novel...so pada sapa2 nk sinopsis untuk novel or drama script .....aku ada a few, nk sila la roger2 saya....sekian....

Yahoooooooooooooo!!!!!!!!!!!!!!!!

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


pentingnya bahasa mandarin.....  

Wednesday, December 9, 2009

erm hari ni aku masih mencari-cari lagi di surat khabar dan internet mengenai iklan-iklan untuk jawatan kosong. dan diketika ini aku sedang berada di cc kat pekan dekat kampung aku. tujuan adalah nk tgk result tp kul 10 mlm br sistem on, makanya aku akan kembali lagi esok untuk melihat result aku sama ada status aku sebagai student tamat atau tidak.

erm untuk persediaan, aku search lagi beberapa iklan jawatan kosong..... aku dapat email dari job street dan aku bukak link jawatan tersebut, .... jawatan sebagai copywriter.... syarat2.very good speak n write skill in English dan MANDARIN ( good in Malay)...... alamak aku xtau langsung pasal mandarin ni....erm so skip jawatan tu. aku tgk lagi jawatan lain. as a HR utk satu company ni. syarat...good in Malay n English....keutamaan untuk mereka yang fasih berbahasa Mandarin..... gosh.... sekali lg Mandarin....

actually ni bukan 1st time, before this byk dh aku try search internet about vacancy job ni...then from that br aku sedari kebanyakan kerja-kerja tersebut ada meletakkan Mandarin as 2nd or 3h language sbg syarat....so what that mean??

look now betapa pentingnya bahasa mandarin sehingga sometimes ianya mengatasi bahasa Melayu yang menjadi bahasa rasmi negara ni.

makanya adakah wajar bahasa mandarin ini dijadikan sebagai bahasa ke 3 kita?.... adakah wajar disarankan subjek bahasa mandarin menjadi subjek di semua institusi pendidikan??

erm aku termenung....dan terdiam....silent.....
(just keluhan kecil hehehe)

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


new pix of me....  

Thursday, October 22, 2009

@ iela n nopa graduation day........

me & my chenta (Fazrul)

LV....erm my dream..as asst PM of SHoppaholic produce by RCK

kat AKPK @ Shopaholic shooting day


gurl with the camera haha ni time shot docu.....me suppose to be as a audioman but tukar menjadi operator camera....lalala bedal je la labu.....

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


BARAKA.....nice documentary film....  


Tajuk: BARAKA
Tahun: 1992
Genre: Documentary
Pengarah: Ron Fricke

filem ini aku tonton masa kelas dokumentari tadi....dan 1st time td aku tgk bdk2 kelas aku kuar kelas lambat....hehe

ok filem ni dimulakan dengan pemaparan agama-agama yang ada kat dunia ni, Yahudi, Islam, Buddha...apa yang menariknya tentang dokumetari ni, shot dia superb....teknik fast dia mmg cun....then storynya pun jelas even xde "voice of god" takde interview tapi jalan cerita sgt jelas tentang apa yg ingin disampaikan oleh pengarah. aku terbaca sedikit informasi tentang filem ini, pengarah telah pergi lebih dari 23 buah negara dan kalau x silap penggambaran mengambil masa hampir 4 thn (nanti aku akan dptkan info yg lebih tepat)
pemaparan yang cuba disampaikan adalah
1st- perbezaan agama dan kepelbagaian agama diseluruh dunia.
2nd: lifestyle yang jelas berbeza jika dibandingkan antara negara-negara yang berada kat africa, india, berbanding dengan negara like Korea, Japan, sangat2 difference
dari aspek fahsion, pekerjaan, architecture,
3rd: dipaparkan tentang keunikkan yang ada kat dunia ni, flora n fauna...fall yang sgt cantik, shot burung terbang kat awan....membuatkan aku kagum!!!

perbezaan yang dipaparkan juga jelas kesibukkan yang dialami oleh negara2 maju dan ketenangan yg dialami oleh penduduk kat gurun2. nampak miskin tp mereka tenang. wajah2 3 org kanak yang duduk di pendalam dgn tanpa pakaian, dibaluti dengan uraian manik2, dan 3 orang kanak india yang memegang bakul di tempat pembuangan sampah dan mereka sedang mencari makanan atau apa saja yang boleh digunakan semula. berlaku perebutan sewaktu lori sampah datang...aduh daif sungguh mereka.
dan 3 orang kanak2 perempuan di depan LRT dan berpakaian seragam sekolah. bersih wajah mereka. pengarah menggunakan 3 orang kanak2 yang berbeza sebagai represent tentang keadaan mereka.....

melihat kepada keadaan yang berlaku dinegara-negara tersebut, aku sebagai rakyat Malaysia, sangat2 bersyukur sbb aku tinggal kat negara ni, dan bertuahnya aku mendapat family yang walaupun x senang tp cukup dengan apa yg ada....Alhamdulillah....

banyak yang menarik tentang dokumetari ni....walaupun hakikatnya aku xsempat nk tgk citer ni sampai habis...hope i can get a copy so leh layan...hehe

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


rindu bangat untuk post entry!!!!!!  

hye.....erm sungguh lama aku xnaip apa2 kat blog ni...kenapa??? apa yg telah berlaku pada aku??? kemana aku pergi??...

hehe sebenarnya xde apa cuma sgt2 busy sem ni sbb sem ni merupakan sem terakhir (insyaAllah) aku bergelar sebagai student, makanya sebagai seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda, aku perlu menyiapkan thesis sebagai pelengkap untuk gelaran itu. argghh thesis membuatkan hidup aku.....dan rutin aku juga telah berubah...
bangun pagi, celik mata, tangan terus capai button power on laptop...then sementara tunggu on, gi toilet dan buat apa yg sepatutnya. then duduk kat depan laptop....kepala terfikir..alamak dateline nk dekat.....makanya terus membuka file dan terus menaip...tp berselang seli dgn berfacebook...haha camne la kene nk cepat siap.....
itu la rutin aku setiap hari hinggalah kesaat ini....

dan kebelakangan ini juga kehidupan aku banyak berubah, haha aku dh berpunya kembali...bertemu dgn insan yang bernama Fazrul...(lain kali aku citer panjang pasal dia...hehe)

dan kebelakang ini jugaklah aku sangat2 kesempitan membuatkan aku berkerja free lance dengan iela..keje ngan RCK...so ALhamdulillah dpt la aku side income...tp tu la aku kene kerja keras sikit utuk bahagikan masa antara keje, thesis n life style serta menjaga hati org tersayang..hehe....

sangat banyak benda yang nk aku tulis kat dlm ni tp nanti la...sikit2 aku akan update ok.....sebenarnya aku hampir terlupa dengan blog ini sehinggalah pensyarah aku bertanya kepada aku di dalam sebuah kelas dan time tu aku tgh kelaut, xtumpu pun apa yg dia katakan...tetiba dia tanya aku...terdiam aku...."Julie awak ada blog kan....saya dh baca blog awak"...time tu aku baru teringat...aha la lama dh aku xupdate blog aku....hehe makanya hari ni aku amik sedikit kesempatan untuk menulis sedikit entry....k be continue.....

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


FFM 22: TAHNIAH UNTUK 3BM & RUMAH KECIL ADA KELAMBU....  

Monday, August 3, 2009

Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan tahniah untuk semua ahli produksi 3 BUDAK MELAYU (arahan Mamu) dan crew produksi RUMAH KECIL ADA KELAMBU directed by Wak Dol....
telah berjaya memperolehi percalonan akhir top 3 untuk FESTIVAL FILEM MALAYSIA yang ke-22 yang bakal berlangsung pada hujung minggu ini.
xkisah apa pun keputusan nya nanti aku mengganggap kita semua sudah memang.....
teringat kata-kata Azmir (producer RKAK) sewaktu aku, dia dan BEBRA (prodecer 3BM) pergi menghantar borang untuk penyertaan bertarikh 5 julai 2009. kalau xsilap aku jam pada waktu itu menunjukkan hampir pukul 4.15 ptg sedangkan kami perlu menghantar borang tersebut di FINAS sebelum pukul 5 sbb itu adalah tarikh akhir penghantaran penyertaan.....waktu itu macam-macam yang berlaku dan hanya kami bertiga mengetahui......kami bertiga juga membawa amanat yang sangat besar oleh UiTM dengan membawa hampir 8 lagi pencalonan yang lain...iaitu karya kawan-kawan yang lain....masing2 risau...

Julie: azmir kau rasa sempat ke kita hantar ni??
Azmir: sempat kot, kita cuba je la dulu (azmir ni mmg seorang kawan aku yg always positive thinker)
Bebra: aha risau la xsempat nak hantar.....
Azmir: kau baca x kat paper masa pengarah odoi Odu di temubual selepas dia menang anugerah Karyawan Muda?
Julie: erm nape?
Azmir: dia cakap bahawa dia hantar penyertaan dia last minutes dan xsangka last minute tu la membawa kemenangan pada dia....
Julie: ye ke azmir??
Azmir: jadinyer kan kalau la salah satu yang kita hantar ni tercalon atau menang, mesti ko akan ingat saat ni....
aku dan bebra hanya tersenyum....

dan dialog itu la sedang bermain di minda aku, Alhamdulillah hasilnya, dua peryertaan yang kitaorg bawa itu tercalon ke top 3 walaupun belum tahu akan kemenangannya aku tetap bangga. sampai kat FINAS, kitaorg bertiga bersama seorang kawan kitaorg, MAMU (director of 3BM) tunggu kat sana. and hanya masa berbaki 15-10 minit lg pukul 5pm, kitaorg br sampai kat kauter...kesian akak tu terpaksa balik lewat sikit sebab uruskan penyertaan kitaorg...thanks to her....

aku rasa happy sgt sbb aku terlibat dengan kedua2 projek ini. RKAK- aku bidan terjun punya crew....tetiba hari shoting tu, aku menjadi Production Manager (PM) menguruskan makan minum utk krew...shot sewaktu hujan....dan banyak lg rintangan yang dihadapi tetapi bekerja dengan pengarah yang setiasa cool...WAK DOL akhirnya filem pendek ini berjaya....satu karya yang jujur dari hati pengarah....

3BM- erm projek final kitaorg. 1st feature film hasil sepenuhnya pelajar Honour Showcase ini dihasilkan dalam masa kurang dr 3 bln n very low budget, crew yg xprofessional, masa yang sangat singkat dan crew yang sangat ramai (makanya banyak kerenah) dan walaupun ada yg mengata kami buat filem ini hanya untuk markah, filem yg xde structure, kami terima semua kritikan. walaubagaimanapun Alhamdulillah filem ini juga berjaya ke top 3 FFM kali ni. erm tugas aku dlm produksi ini, as asst producer, making of, still photographer, marketing n promotion dan crew.semuanya sangat mencabar dan akhirnya projek ini berjaya disiapkan dan terlalu banyak masalah yang timbul sewaktu proses filem ini disiapkan....

walaubagaimanapun, aku rasa ini adalah satu kejayaan paling besar buat aku dan juga semua crew dlm produksi ini.....thanks to all dan tahniah kepada semua ahli produksi yang terlibat secara langsung atau tidak, kepada pihak FACT, dan pensyarah....harap2 kemenangan menyebelahi kita, AMIN....


3 BUDAK MELAYU

RUMAH KECIL ADA KELAMBU

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


24 tahun menjadi manusia.......  

Tuesday, July 28, 2009

27th july lepas maka genaplah aku menjadi hamba Allah dimuka bumi ini, aku menjadi anak kepada pasangan Dzali & Sofia dan aku menjadi diri aku sendiri selama 24 tahun.

aku yang telah aku lakukan selama 24 tahun ini???
arghhh telalu banyak benda baik n buruk berlaku setiap hari. adakah aku semakin matang, atau aku semakin naif dengan dunia ni??? jawapan ada pada diri aku sendiri. setiap hari adalah hari yang baru bagi aku, aku mencuba untuk menjadi yang terbaik setiap hari walaupun pada hakikatnya macam xde perubahan je....aku rasa aku perlu lebih fokus..maklumlah dh final kot.

pada 27 july, bila bangun dari tido, aku memanjatkan kesyukuran kerana aku masih diberi peluang untuk bernafas....Amin.... aku kejut anak buah aku bangun dan my sis (angah) wish bufday again....thanks...

then aku termenung seketika....dan berfikir...
apakah yang telah aku lakukan selama 24 tahun hidup????
tiba-tiba air mata aku menitis.....
cukup aku sendiri mengetahui apa yg telah berlaku.....

thanks pada semua yang sentiasa menyokong aku selama ini.....
life must go on.....

happy besday to me......

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


hadapi dengan senyuman........  

Monday, July 20, 2009


hadapi dengan senyuman,
semua yang terjadi,
akan terjadi,
hadapi dengan tenang jiwa.....
semua kan baik2 saja.....

itu adalah bait lagu di kumpulan Dewa...."Hadapi Dengan Senyuman"

tiap kali aku sedey, aku akan dengar lagu ni...sebab ada kekuatan dlm lagu ni yang membuatkan aku tenang.

dua minggu aku meninggalkan dia. dan hari ni bila terbaca mesej dia aku rasa satu perasaan....rindu. sebak bila fikirkan. tapi itulah yang aku nak dan aku kene tanggung. ciuman terakhir kat dahi dan kata2 dia sampai skarang terasa menusuk kat hati aku pergh time tu Allah je yang tahu. time tu br aku sedar mungkin dia betul2 jujur atau sebaliknya. andai dia betul2 jujur biarlah aku lepaskan. dan aku tau aku bukanlah yang terbaik untuk dia. dan apa yang aku lakukan ada sebab walaupun tanpa rela.....ye mmg ada cara lain untuk selesaikan masalah tapi kadang2 fikiran kita jadi singkat sebab terdesak.....

kadang-kadang kita terpaksa lepaskan benda yang kita sayang sebab kadang-kadang kita xmampu untuk memberi kebahagian kepadanya. xsemua perkara mampu dipuaskan dan buat apa terus bersama kalau hati sentiasa sakit, tidak ada kepercayaan atau menyembunyikan sesuatu......

harap dia bahagia tanpa aku dan berjaya menemui orang yang lebih baik. Amin.....
thanks kerana memberikan aku sedikit kasih sayang sewaktu bersama.

P/s: ditujukan kepada seseorang yang pernah bergelar kekasih.

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


ice age 3: haiwan yang mempunyai hati dan perasaan..  

Thursday, July 16, 2009


erm malam tadi aku berpeluang utk tgk wayang lagi. hehhe wayang saja. tension time ni la byk citer best. ok so malam tadi aku n sorang lg kawan aku gi la sunway piramid....sebelum tu gi makan sate bersama2 nopa n by kat bale 13. yang di bayar oleh amirul...thanks to him..
then aku n member aku ni lepas makan terus ke sunway. cadangan dia dh book utk skrip 7707. tp aku xnak tgk citer tu sbb time promosi filem pun aku xtgk lg la nk tgk kat wayang....tp ada reason lain kenapa aku xnk tgk citer tu tp bukan sbb aku xsokong industri tp....hehehe

ok la sampai je kat kauter aku baru teringat yg harry potter dh keluar..tp faham2 je la full house. seat dpn je yg kosong. xnk mendongak plak nanti kan. then aku decide nk tgk ice age 3. huhu at least dpt bergelak mlm ni.

ok ice age 3 telah berjaya membuatkan aku gelak sepanjang cerita ni berlangsung. sampai aku lupakan org kat sebelah. dh tgh2 cerita br sedar ada org kat sebelah. hehe sori....

story kali ni, pasal baby jugak tp manny tgh tunggu baby dia sendiri. bukan baby org lain. erm tgk diawal since camne dia kalang kabut nk menunggu bini dia bersalin....ni aku tgk manusia..bini dok tgh sarat pun laki buat hal dgn pempuan lain. dpt dilihat betapa loyalnya Manny terdapat Ellie. then seperti biasa..Sid haiwan yg sgt lemah tetapi power dlm filem ni, dia la yg menimbulkan masalah. duk berangan nk ada anak sendiri, anak dinasor pun jadi la.

then dlm filem ni ada watak baru iaitu buck.... watak dia ala2 jack sapprow.hero yang datang membantu disaat manny n diego dlm usaha mencari Sid. akhirnya dengan bantuan Buck diaorg ni dpt bertemu dengan Sid dan kat alam tu gak la Manny dapat baby. so cute.

filem ni banyak mesej di dalam membuatkan kita tergelak. so recommended utk sape2 yg tension tgh wat thesis or keje ke, sila luangkan masa anda selama 1 jam 40 minit camtu utk tgk filem ni. sure gelak habis hehehe...

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


laptop membuat hal....  

Saturday, June 20, 2009

arghhhh tensionnyer. nampaknya laptop aku memang sedang menguji kesabaran aku. mana taknyer tengah bersemangat nak buat thesis tetiba semua fail thesis aku hilang..gone...dalam pendrive pun sama. sekali scan terus dia delete. tension. dah la virus semakin melular. memang kali ni proses cleaning kene dilakukan secepat mungkin. aku bercadang naik sem ni, terus format semua. tp aku perlukan nero untuk burn semua fail kat dalam hard disk aku. lepas tu baru la akan aku format laptop kesayangan aku. entah la cadang2 aku nk tread in tapi makin tu la dia buat hal....
ok la saja je nk luahkan perasaan. cc ni nk tutup dah...karang tetiba note...adakah anda seorang muslim akan keluar. bagus cc ni mengingatkan kita...ok esok sambung lg...
so sekadar luahan sebab aku tengah tension cari bahan thesis aku balik....huhuhu



p/s: pic laptop ni bukan laptop aku.....

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


aku dan cuti sem....  

Wednesday, June 3, 2009

erm hye lama aku x update blog aku ni. sbb2nyer adalah aku punya laptop mengalami masalah akibat serangan viris yg entah dtang dari mana... bengang tul. then atas bantuan kawan aku byxura, aku telah memformat balik laptop aku tetapi masalah lain timbul disebabkan aku xleh nk connect internet. maka tidak dpt la aku mengupdate aku punya facebook, blog, friendster. twitter n apaer2 lagi la kejadah haram tu. n paling la aku bengangkan lagi adalah aku xleh nk install microsoft 2007... ayak camne nk siapkan tesis aku ni. entah en norman terima ke x aku punya thesis sem depan. adoyai.maka aku balik ke kampung denan tidak membawa laptop kesayangan aku. dan kerja2 thesis tidak dapat dilakukan. tension bangat ni.
then seperti biasa aku balik kampung untuk membantu family. huhu jadi petani moden. tiga hari berturut2 aku turun sawah tolong abah aku. then duk umah memahirkan diri dengan kerja2 suri rumah sambil melayan astro. huhuhu

ok apa yg aku nk citer pasal kes semalam. bersamaan 2 jun. mau xnyer aku pagi tu beriya2 lepas buat sarapan, aku semangat la nk tolong abah ke kebun sbb aku rasa hampir 5thn aku xjejakkan kaki ke kebun sawit abah. then di pendekkan citer masa aku tengah tolong abah, tetiba abah kene kejar ngan tabuan...ayak then jarak antara aku n abah xde la jauh, selang satu pokok je, time tu abah dah lari lintang pukang, aku membatu kat pokok sebelah sbb aku ingat nk tunggu tabuan tu reda dulu then aku blah tetapi dijadikan citer tetiba ada sekor sesat kat kepala aku, apa lagi sakit giler then aku lari la sekuat hati aku, aku rasa itu la kali pertama aku lari pecut setelah hampir 10 thn aku tinggalkan time2 sekolah tu. time tu aku sedar yg belakang aku dh sakit2 giler n aku tau aku jugak turut dikejar, dengan puluhan tabuan. cilako tul tabuan ni. aku lari menuju kat abah, kat situ ada tempayan berisi air agak2 kene kejar lg mmg aku terjun kat tempayan tu.

lepas tu br aku sedar yang belakang aku nk mmg dh disengat n aku rasa more than 10 sengatan. aku terus balik n abah ajak gi klinik. 1st time aku menangis kesakitan. mmg sakit giler time tu.n rasa nk pitam n pengsan. nasib baik jiran aku ada kete, then he send me n abah ke klinik.

sampai klinik, aku diberi injection. then baru lega sikit sakit tu. lepas tu aku terpaksalah menangguhkan kepulangan aku ke shah alam keesokkan harinyer. makanya aku akan balik on khamis or jumaat. then hari ni badan aku sedang membengkak. tp everything dah ok dah hehehe.

huhu tu je aku nk citer. hehehe see @ next post....

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


kawen lagi....  

Sunday, May 10, 2009

erm hari ni aku n norfa n linda telah pergi kesatu majlis perkahwinan...nk tau sapa hah tgk la pixs kat bawah ni....





AddThis Social Bookmark Button

Email this post