alahai mak aku sayang  

Thursday, September 4, 2008

hehe lama aku xpost aper kat blog ni semenjak kelas bermula.....maklumlah sem ni aku busy bangat. banyak subjek aku amik sem ni...last-last la ni kepala cam nak pecah......huhuhuhu xpe sikit lagi perjuangan sam ini akan berakhir....

ok la neway selamat berpuasa di ucapkan kepada sesiapa yang berpuasa. yg xpuasa xyah la ucap selamat hehhee. erm tu la diam xdiam, sedar xsedar....dah masuk bulan puasa...pastu raya...pastu final.....hehehhehe.

erm tgh-tgh busy ngan study n bln pose ni...aku duk pose ngan kawan2, jauh ngan family.....

semalam aku call kak e aku, dia ckp mak merajuk kat aku sbb pose ni xbalik umah....aduh patut la bila aku xcall abah n nk ckp ngan mak, abah kata mak xnak cakap...rupanya2 dia merajuk ngan aku. aduh sedih tu hati ini. erm biasa la mak mungkin terasa la sbb aku jarang balik umah, then pose ni dia tinggal berempat je kat umah...mak, abah, adam n syabaan..yang lain duk jauh. mungkin la dier fikir anak dier ramai tp last2 tinggal berdua je. lagi2 time pose ni....aku tau dulu tima aku ada kat umah, aku la yang akan bangun utk masak sahur....skrg, dia nak kene bangun sendiri untuk masak. nk harapkan adam ngan syabaan....erm jgn harap la.

so bila kak e dh cakap camtu, aku pun amik la keputusan yang next week aku nk balik kampung. ni pun nasib baik la dop x jadi shoot awal kalau x, erm mmg malam raya la aku balik kampung. bila time tu aku br nak balik, confirm2 pagi raya tu mak xmaafkan aku....huhuhu mesti sayu giler kan time tu......

susah nk jaga hati mak kita ni...tu ar kalau fikir balik dulu mak boleh je jaga hati kita time kita kecik2 dulu, so apa la salahnya kalau kali ni aku plak jaga hati dan perasaan dier......
mak maafkan zah ye..........

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


sapa2 yang perlukan model....  

Friday, June 27, 2008

Kengkawan ada sapa2 yang memerlukan model atau pengacara untuk rancangan terbitan korang, if anda memerlukan bakat-bakat baru ini sila email kepada saya isshah277@yahoo.com

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


aku hanya persinggahan......  

Monday, June 23, 2008

tiga hari aku menghabiskan masa bersama dengannya dan dalam tempoh itu juga aku cuba untuk mengenali dirinya. pertama kali bersama aku dapat rasakan dia sama seperti lelaki lain yang pernah aku kenali tapi kata-katanya sering memberikan aku kekuatan unutk mengetahui kebenaran isi hatinya. tapi sejauh mana kebenaran kata-katanya.
bila dia mendapat call dari x dia hati aku cukup sakit melihat cara dia bercakap. begitu mesra, lembut.....aduh sakitnya hati ni. tapi aku xtunjuk sakitnya hati ini. baik la aku mendiamkan diri. ikutkan hati malas nk jumpa dia lg untuk hari kedua tp time ni la aku nk kenali dia so aku sanggup turun shah alam. naik tren lg.....bila sampai je aku bukak laptop dia alamak ramainya kawan pempuan dia......semakin tipis harapan untuk terus bersama.
lepas tu dia datang n kitaorg berdiscuss, terlalu sukar untuk dia membuat pilihan dan lagi best dia kata susah sgt dia nak amik balik x dia. ampun gugur rasanya jantung aku, tp cover cool aku bg dia semangat n xsalah untuk dia terima ex dia sebab kesalahan yang ex dia buat bukan la besar sgt dan masih boleh dimaafkan. xsalah kita memaafkan orang dan xsalah juga unutk memberi peluang kali kedua untuk ex dia. tp peluang untuk aku? ada ke?
hati aku sebak bila bagi kata2 semangat kat dia. hati aku berkata, biar la dia buat keputusan yang terbaik untuk diri dia dan anak2. banyak kekuatan yang ada pada ex dia untuk bersama kembali. kenangan dia orang bersama, anak-anak, keluarga........
adakah aku perlu menangis lagi untuk kali kedua dihadapnya......tidak aku xmahu tunjuk kelemahan diri aku. aku harus kuat untuk tempuhi segala-galanya.
hari ketiga aku terlalu letih untuk berborak atau bermesra bersama. waktu dia balik pun aku just bukak pintu then sambung tidur lagi. mungkin terlalu penat dengan perjalanan dari rembau ke kl, kl ke shah alam......shoting pada hari tersebut begitu membuatkan aku letih dan xbermaya. aku hanya tersedar bila ada susuk tubuh memeluk tubuhku dari belakang dan aku hanya membiarkan keadaan tersebut. pagi tu kami dikejutkan dengan bunyi telefon dan seperti biasa ex wife dia call untuk mengejutkan dirinya. walaupun dah berpisah, ex wife dia xpernah lupa tanggungjawab untuk mengejutkan dirinya. sewaktu dia sedang mandi, telefonnya kembali berbunyi dan tertera nama ayang......siapa ayang ni. yang pastinya itu bukanlah ex wifenya. aku membuka hpnya dan mencari folder sms. yang pastinya dalam list mesej recived tertera nama 3 wanita yang pastinya.....mama, ayang, n sarimah......siapa mereka dalam hidup dia? patutlah terlalu sukar untuk dirinya membuat keputusan.
selama 3 hari bersama dengannya, aku reda jika dia hanya menjadikan aku sebagai persinggahan...........

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


kekosongan bukan kesepian  

Saturday, June 7, 2008

erm hari ni rasa boring plak. tak tau nk wat aper.....semlm janji ngan sorang member ni nk tgk wayang...last2 xjadi. ptg td nk swiming ngan iela pun xjadi jugak.........huhuhu aper yang dirancangkan semuanya tak menjadi. sejak aku berpisah dengan ex aku dulu....aku rasa terlalu kosong. walaupun kawan2 ramai tapi tetap rasa sunyi sebab mungkin xde someone yg care kot....tp dulu time bercinta dengan dia pun aku rasa sunyi gak sebab dia keje......

tapi sebenarnya aku tetap bahagian walaupun dalm kesepian. kekosongan bukan kesepian sebab kawan2 dan family sentiasa ada untuk menghappykan diri aku. dan sebenarnya ini lah yang aku cari selama ini untuk bebas tanpa ikatan.....huhuhuh bahagianya.

tp itu la aku pun manusia biasa, perlukan perhatian tp xde sapa pun yang bagi...kadang2 rasa sedey gak tp kejap je la pastu tau la aku cari kawan2 huhuhu......

jadi kesimpulannya adalah kekosongan bukan la kesepian..........

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


selamat pengatin baru abg hadi n kak fiza  

Thursday, May 29, 2008

acara suap menyuap.......ala so sweet

me, nida n mama (ibunda masayu) sedang bersantap..(sempat lg tunjuk peace tu)





me, mas ayu, kak iza n nida....melantak time....




aku dan geng trsb bersama hadiah untuk abg hadi....me...which one erk?


majlis persandingan abg tersayang......abg hadi n kak fiza
semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.....Amin.....





AddThis Social Bookmark Button

Email this post


welcome to my blog  

hye everyone, welcome to my blog.

finally aku dapat gak aku kesempatan untuk create blog sendiri. selama ni duk baca blog orang sekarang, dah ada blog sendiri dan aku rasa kat sini la the best place untuk aku luahkan segala apa yang aku rasa. dan aku boleh share expirence aku dengan semua blogger.

as a intro, my name cukup la dikenali dengan nama julie. aku, julie dan isshah adalah diri aku. dan diri aku adalah diri aku sendiri.

erm aku minat menulis tapi aku selalu malas nak menulis. erm dulu aku amik diploma in writting tapi akibat malas nk menulis aku tukar aku punya major time aku sambung degree. tp still dalam bidang yang sama. sekarang aku tengah menunggu saat aku menamatkan degree aku. aku setahun lewat dari kawan-kawan aku yang lain untuk grad nanti. sebab aku keje dulu lepas diploma dulu. saja la cari pengalaman.

erm disaat dan ketika ni aku sedang menjalani latihan praktikal disebuah production house...ofis yang sama aku keje tahun lepas.

dan aku tengah merehatkan otak aku daripada mencari idea untuk buat proposal drama series sempena bulan puasa....aduh pening ni.

ok lagi pasal diri aku, aku dilahirkan pada tanggal 27 julai 1985 so coming soon umur aku genap la 23 tahun..alamak dh tau dah.

aku dilahirkan dan membesar disebuah pekan yang bernama Pt raja, Batu Pahat Johor.

lepas umur aku 18 tahun aku menghabiskan masa ditempat orang, Shah Alam, Kl......sampai la sekarang.

erm k la nanti aku sambung lagi story...........nak sambung wat proposal......

salamesrabadikhlaselamanya.....

AddThis Social Bookmark Button

Email this post