new pix of me....
Thursday, October 22, 2009





gurl with the camera haha ni time shot docu.....me suppose to be as a audioman but tukar menjadi operator camera....lalala bedal je la labu.....
by julie | 3 comments
Email this postby julie | 0 comments
Email this posthye.....erm sungguh lama aku xnaip apa2 kat blog ni...kenapa??? apa yg telah berlaku pada aku??? kemana aku pergi??...
hehe sebenarnya xde apa cuma sgt2 busy sem ni sbb sem ni merupakan sem terakhir (insyaAllah) aku bergelar sebagai student, makanya sebagai seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda, aku perlu menyiapkan thesis sebagai pelengkap untuk gelaran itu. argghh thesis membuatkan hidup aku.....dan rutin aku juga telah berubah...
bangun pagi, celik mata, tangan terus capai button power on laptop...then sementara tunggu on, gi toilet dan buat apa yg sepatutnya. then duduk kat depan laptop....kepala terfikir..alamak dateline nk dekat.....makanya terus membuka file dan terus menaip...tp berselang seli dgn berfacebook...haha camne la kene nk cepat siap.....
itu la rutin aku setiap hari hinggalah kesaat ini....
dan kebelakangan ini juga kehidupan aku banyak berubah, haha aku dh berpunya kembali...bertemu dgn insan yang bernama Fazrul...(lain kali aku citer panjang pasal dia...hehe)
dan kebelakang ini jugaklah aku sangat2 kesempitan membuatkan aku berkerja free lance dengan iela..keje ngan RCK...so ALhamdulillah dpt la aku side income...tp tu la aku kene kerja keras sikit utuk bahagikan masa antara keje, thesis n life style serta menjaga hati org tersayang..hehe....
sangat banyak benda yang nk aku tulis kat dlm ni tp nanti la...sikit2 aku akan update ok.....sebenarnya aku hampir terlupa dengan blog ini sehinggalah pensyarah aku bertanya kepada aku di dalam sebuah kelas dan time tu aku tgh kelaut, xtumpu pun apa yg dia katakan...tetiba dia tanya aku...terdiam aku...."Julie awak ada blog kan....saya dh baca blog awak"...time tu aku baru teringat...aha la lama dh aku xupdate blog aku....hehe makanya hari ni aku amik sedikit kesempatan untuk menulis sedikit entry....k be continue.....
by julie | 0 comments
Email this postDi kesempatan ini, aku ingin mengucapkan tahniah untuk semua ahli produksi 3 BUDAK MELAYU (arahan Mamu) dan crew produksi RUMAH KECIL ADA KELAMBU directed by Wak Dol....
telah berjaya memperolehi percalonan akhir top 3 untuk FESTIVAL FILEM MALAYSIA yang ke-22 yang bakal berlangsung pada hujung minggu ini.
xkisah apa pun keputusan nya nanti aku mengganggap kita semua sudah memang.....
teringat kata-kata Azmir (producer RKAK) sewaktu aku, dia dan BEBRA (prodecer 3BM) pergi menghantar borang untuk penyertaan bertarikh 5 julai 2009. kalau xsilap aku jam pada waktu itu menunjukkan hampir pukul 4.15 ptg sedangkan kami perlu menghantar borang tersebut di FINAS sebelum pukul 5 sbb itu adalah tarikh akhir penghantaran penyertaan.....waktu itu macam-macam yang berlaku dan hanya kami bertiga mengetahui......kami bertiga juga membawa amanat yang sangat besar oleh UiTM dengan membawa hampir 8 lagi pencalonan yang lain...iaitu karya kawan-kawan yang lain....masing2 risau...
Julie: azmir kau rasa sempat ke kita hantar ni??
Azmir: sempat kot, kita cuba je la dulu (azmir ni mmg seorang kawan aku yg always positive thinker)
Bebra: aha risau la xsempat nak hantar.....
Azmir: kau baca x kat paper masa pengarah odoi Odu di temubual selepas dia menang anugerah Karyawan Muda?
Julie: erm nape?
Azmir: dia cakap bahawa dia hantar penyertaan dia last minutes dan xsangka last minute tu la membawa kemenangan pada dia....
Julie: ye ke azmir??
Azmir: jadinyer kan kalau la salah satu yang kita hantar ni tercalon atau menang, mesti ko akan ingat saat ni....
aku dan bebra hanya tersenyum....
dan dialog itu la sedang bermain di minda aku, Alhamdulillah hasilnya, dua peryertaan yang kitaorg bawa itu tercalon ke top 3 walaupun belum tahu akan kemenangannya aku tetap bangga. sampai kat FINAS, kitaorg bertiga bersama seorang kawan kitaorg, MAMU (director of 3BM) tunggu kat sana. and hanya masa berbaki 15-10 minit lg pukul 5pm, kitaorg br sampai kat kauter...kesian akak tu terpaksa balik lewat sikit sebab uruskan penyertaan kitaorg...thanks to her....
aku rasa happy sgt sbb aku terlibat dengan kedua2 projek ini. RKAK- aku bidan terjun punya crew....tetiba hari shoting tu, aku menjadi Production Manager (PM) menguruskan makan minum utk krew...shot sewaktu hujan....dan banyak lg rintangan yang dihadapi tetapi bekerja dengan pengarah yang setiasa cool...WAK DOL akhirnya filem pendek ini berjaya....satu karya yang jujur dari hati pengarah....
3BM- erm projek final kitaorg. 1st feature film hasil sepenuhnya pelajar Honour Showcase ini dihasilkan dalam masa kurang dr 3 bln n very low budget, crew yg xprofessional, masa yang sangat singkat dan crew yang sangat ramai (makanya banyak kerenah) dan walaupun ada yg mengata kami buat filem ini hanya untuk markah, filem yg xde structure, kami terima semua kritikan. walaubagaimanapun Alhamdulillah filem ini juga berjaya ke top 3 FFM kali ni. erm tugas aku dlm produksi ini, as asst producer, making of, still photographer, marketing n promotion dan crew.semuanya sangat mencabar dan akhirnya projek ini berjaya disiapkan dan terlalu banyak masalah yang timbul sewaktu proses filem ini disiapkan....
walaubagaimanapun, aku rasa ini adalah satu kejayaan paling besar buat aku dan juga semua crew dlm produksi ini.....thanks to all dan tahniah kepada semua ahli produksi yang terlibat secara langsung atau tidak, kepada pihak FACT, dan pensyarah....harap2 kemenangan menyebelahi kita, AMIN....
3 BUDAK MELAYU
RUMAH KECIL ADA KELAMBU
Posted in DIS by julie | 4 comments
Email this post27th july lepas maka genaplah aku menjadi hamba Allah dimuka bumi ini, aku menjadi anak kepada pasangan Dzali & Sofia dan aku menjadi diri aku sendiri selama 24 tahun.
aku yang telah aku lakukan selama 24 tahun ini???
arghhh telalu banyak benda baik n buruk berlaku setiap hari. adakah aku semakin matang, atau aku semakin naif dengan dunia ni??? jawapan ada pada diri aku sendiri. setiap hari adalah hari yang baru bagi aku, aku mencuba untuk menjadi yang terbaik setiap hari walaupun pada hakikatnya macam xde perubahan je....aku rasa aku perlu lebih fokus..maklumlah dh final kot.
pada 27 july, bila bangun dari tido, aku memanjatkan kesyukuran kerana aku masih diberi peluang untuk bernafas....Amin.... aku kejut anak buah aku bangun dan my sis (angah) wish bufday again....thanks...
then aku termenung seketika....dan berfikir...
apakah yang telah aku lakukan selama 24 tahun hidup????
tiba-tiba air mata aku menitis.....
cukup aku sendiri mengetahui apa yg telah berlaku.....
thanks pada semua yang sentiasa menyokong aku selama ini.....
life must go on.....
happy besday to me......
by julie | 1 comments
Email this post
hadapi dengan senyuman,
semua yang terjadi,
akan terjadi,
hadapi dengan tenang jiwa.....
semua kan baik2 saja.....
itu adalah bait lagu di kumpulan Dewa...."Hadapi Dengan Senyuman"
tiap kali aku sedey, aku akan dengar lagu ni...sebab ada kekuatan dlm lagu ni yang membuatkan aku tenang.
dua minggu aku meninggalkan dia. dan hari ni bila terbaca mesej dia aku rasa satu perasaan....rindu. sebak bila fikirkan. tapi itulah yang aku nak dan aku kene tanggung. ciuman terakhir kat dahi dan kata2 dia sampai skarang terasa menusuk kat hati aku pergh time tu Allah je yang tahu. time tu br aku sedar mungkin dia betul2 jujur atau sebaliknya. andai dia betul2 jujur biarlah aku lepaskan. dan aku tau aku bukanlah yang terbaik untuk dia. dan apa yang aku lakukan ada sebab walaupun tanpa rela.....ye mmg ada cara lain untuk selesaikan masalah tapi kadang2 fikiran kita jadi singkat sebab terdesak.....
kadang-kadang kita terpaksa lepaskan benda yang kita sayang sebab kadang-kadang kita xmampu untuk memberi kebahagian kepadanya. xsemua perkara mampu dipuaskan dan buat apa terus bersama kalau hati sentiasa sakit, tidak ada kepercayaan atau menyembunyikan sesuatu......
harap dia bahagia tanpa aku dan berjaya menemui orang yang lebih baik. Amin.....
thanks kerana memberikan aku sedikit kasih sayang sewaktu bersama.
P/s: ditujukan kepada seseorang yang pernah bergelar kekasih.
by julie | 0 comments
Email this post
erm malam tadi aku berpeluang utk tgk wayang lagi. hehhe wayang saja. tension time ni la byk citer best. ok so malam tadi aku n sorang lg kawan aku gi la sunway piramid....sebelum tu gi makan sate bersama2 nopa n by kat bale 13. yang di bayar oleh amirul...thanks to him..
then aku n member aku ni lepas makan terus ke sunway. cadangan dia dh book utk skrip 7707. tp aku xnak tgk citer tu sbb time promosi filem pun aku xtgk lg la nk tgk kat wayang....tp ada reason lain kenapa aku xnk tgk citer tu tp bukan sbb aku xsokong industri tp....hehehe
ok la sampai je kat kauter aku baru teringat yg harry potter dh keluar..tp faham2 je la full house. seat dpn je yg kosong. xnk mendongak plak nanti kan. then aku decide nk tgk ice age 3. huhu at least dpt bergelak mlm ni.
ok ice age 3 telah berjaya membuatkan aku gelak sepanjang cerita ni berlangsung. sampai aku lupakan org kat sebelah. dh tgh2 cerita br sedar ada org kat sebelah. hehe sori....
story kali ni, pasal baby jugak tp manny tgh tunggu baby dia sendiri. bukan baby org lain. erm tgk diawal since camne dia kalang kabut nk menunggu bini dia bersalin....ni aku tgk manusia..bini dok tgh sarat pun laki buat hal dgn pempuan lain. dpt dilihat betapa loyalnya Manny terdapat Ellie. then seperti biasa..Sid haiwan yg sgt lemah tetapi power dlm filem ni, dia la yg menimbulkan masalah. duk berangan nk ada anak sendiri, anak dinasor pun jadi la.
then dlm filem ni ada watak baru iaitu buck.... watak dia ala2 jack sapprow.hero yang datang membantu disaat manny n diego dlm usaha mencari Sid. akhirnya dengan bantuan Buck diaorg ni dpt bertemu dengan Sid dan kat alam tu gak la Manny dapat baby. so cute.
filem ni banyak mesej di dalam membuatkan kita tergelak. so recommended utk sape2 yg tension tgh wat thesis or keje ke, sila luangkan masa anda selama 1 jam 40 minit camtu utk tgk filem ni. sure gelak habis hehehe...
by julie | 0 comments
Email this post