110....hujung2 sem..giler ni...  

Sunday, April 19, 2009

erm hari ni agak banyak kejutan yang berlaku....
hari ni aku menghabiskan masa dgn kwn2 n kak ngan sbb dia tengah ada masalah besar...
masalah yang membuatkan aku berfikir mengenai kehidupan masa depan....tapi walau macamana pun...aku bangga dengan angah, sbb dia sgt opimistik walaupun dia perlukan masa. angah..be strong ok.
pastu aku pun seperti biasa mghabiskan masa untuk ym bersama seseorang...sedang2 best punya online tetiba aku dpt sms dr big bos utk PICISAN....dan mesej tersebut memerlukan aku dan ahli2 produksi yang lain mengeluarkan duit rm110.....gara2 bayaran untuk membaiki van yg kitaorg gunakan untuk shooting tempoh hari.
huhu dan by pun terus ym kat aku...huhuhu mana nk cari rm110 tgh2 hujung sem ni dengan tempoh 2 hari..wah tension2x...

what should i do.....berusaha2...chaiyok...huhuh:((

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


laskar pelangi- antara kejujuran dan realiti.......  


erm sbenarnya dh lama aku nk tulis pasal review ni tp sebab sibuk dengan urusan peribadi membuatkan aku menangguhkan review untuk filem arahan RIRI RIZA. pengarah muda dari indonesia. aku tidak berpeluang untuk bertemu dengan dia sewaktu kunjungannya ke FINAS yang dianjukan oelah kawan-kawan aku sendiri atas sebab2 urusan keluarga....

sewaktu aku mendengar lagu Laskar Pelangi nyanyian kumpulan Nidji dan bila aku dapat tahu yang lagu tersebut adalah lagu tema untuk sebuah filem, aku menjadi tertarik untuk menonton. puas aku cari kat youtube, ares, torent n mana2 je la link yg boleh download movie....tp xde lagi. xpe la ku tunggu sampailah satu hari member aku, by ckp dh ada kat youtube...then oleh sebab aku dan seisi penghuni rumah menggunakan maxis broadband yg satu modem di share dgn 3 laptop maka agak slow la untuk aku download. maka selama 2 hari yg sgt sibuk aku luangkan sdikit masa utk mgdownload filem ini....

akhirnya selamat didownload sebyk 12 part.

persepsi aku sewaktu mdgr lagu tersebut ver akustik, aku rasakan filem ini mungkin sama mcm filem2 arahan riri yg lain seperti gie, 3 hari selamanya n bla... dan setelah menonton..yes xde la lari sgt konsep asal ceritanya. lebih kepada menceritakan perjalanan sesebuah watak. tp masa aku dgr lagu dr OST ni aku ingat citer dia ala2 AADC, Tentang cinta atau BBB(Bukan Bintang Biasa) means citer ala2 remaja.

tetapi kelainan di utarakan dalam filem ini dgn mempertengahkan kanak2 sbg watak utama, dan kawasan kepulauan yang kurang mendapat perhatian dan isu kapitalis.
sangat menarik. melihat filem ini mengingatkan aku kepada filem-filem sperti dari Iran like white Ballon, Children of Heaven n blah....n sedikit ala2 Zhang Yimao punya filem....Not One Less. kesungguhan seorang guru dipaparkan.

menggunakan sedikit teori neo realism...kerana pelakon kebanyakkan adalah pelakon amatur. seting lokasi juga adalah menarik. tak sangka Indonesia mempunyai pemandangan yang sangat cantik.

isu yang cuba dipaparkan juga mengingatkan kepada filem Not One Less..... bagaimana sebuah kawasan pendalaman yang tidak mempunyai perhatian walaupun negara tersebut dikatakan maju. indonesia pula mmg dikenali sbgai negara yang mempunyai penduduk yang ramai dan masalah kemiskinan.

isu lain yang ingin disampaikan adalah mengenai isu keagamaan. bagaimana sebuah sekolah agama yang tidak mempunyai perhatian seperti sekolah2 lain yang mempunyai subjek pelajaran yang telah dimodenkan.
diselitkan juga dengan percintaan perbezaan kaum. dan revolusi Suharto masih ada dalam filem ini kerana masyarakat cina juga masih menggunakan bahasa indonesia. bagaimana kemiskinan menghalang seseorang itu berjaya dan perkara tersebut amat myedihkan.

walaubagaimanapun, diakhir penceritaan tidak diceritakan mengenai kisah2 murid laskar pelangi dan sekolah tersebut. walaubagaimanapun, kejayaan salah seorang daripada murid sekolah tersebut dapat mewakili semua anak2 murid tersebut.

walaubagaimanapun, filem ini sangat menarik dari segi isu, jalan cerita, lakonan. bagai sesiapa yang mengemari filem2 realism, anda patut menonton filem ini...hehehhehe

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


study week bermula makanya exam smakin hampir!!!  

Wednesday, April 15, 2009

uhu......dh study week so bila study week bermula, maka dengan itu akan bermulalah exam week...cepat je masa berlalu tetiba dh final. tp sem ni aku ada satu paper jerk ...iaitu paper mr. NY. kritkan. erm subjek ni agak tough la....so must work hard.
study week ....erm org lain duk study tp aku sibuk siapkan saimen yg sedang menanti datelinenyer.....

time exam ni pun byk saimen yg kene sumbit....maka dgn itu mungkin aku akan balik after 8hb 5 sebab itu adalah tarikh last saimen terakhir punya dateline.

aku tengok kearah kolej, kosong, dan aku pasti kat library pun mesti xramai orang....mana semua student uitm....erm mesti balik kg kan sbb study week xde kelas so bolehlah balik kg....huhuhu.

last 2 days aku kuar dgn seorang member aku ni, budak master engineering n study kat UPM. skrg UPM tgh exam week. masa lepak ngan dia kitaorg bercerita pasal student life. yes dpt byk perbezaan antara 2 universitinya terutama mengenai student lifenyer. kat UPM time study week ni la UPM tu akan jadi busy, library penuh, sbb member aku ni pun before jumpa aku dia dr library UPM. huhu aku sebagai student UITM terasa ar huhu sbb aku pun jarang2 pergi library.
hehe so the moral of the story study week untuk study bukan untuk bercuti hehehehe:D
n pada kengkawan aku yg dh final tu gudluck dlm menyiapkan thesis sbb aku punya chapter one pun xsiap lg...huhu mesti NY reject aku punya thesis sem depan wawawawa!!!
n kengkawan yg ada exam sem ni.....gud luck ok.....

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


3 Budak Melayu - Tayangan Perdana  

Saturday, April 4, 2009


to all my friends n blogger......
dengan ini menjemput semua rakan-rakan, blogger, atau sesiapa yang berminat untuk menonton tayangan Perdana 3 BUDAK MELAYU, hasil karya pelajar Honour Showcase 09. Berikut adalah detail mengenai event tersebut:

Tarikh: 10 April 2009
Lokasi: Studio Pancha Delima, UiTM Puncak Perdana
Masa: 8.30 Malam

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


3BM vs PICISAN  

Thursday, April 2, 2009

semester ni aku rasa mcm nk giler dah sbb setiap minggu kene shooting..wawawa!!!! sampaikan kulit aku pun dah rentung akibat shooting. adoiyai.
baru last week aku shoting directing then last two week before ni aku br je abis shoting 3BM. n aku menghabiskan masa selama 4 minggu pada setiap hujung minggu untuk kuar shooting.....nasib baik la aku xde bf..kalau la aku ada bf sure mgamuk bf aku sbb xde masa untuk dia. hehehe. then after abis shooting tu sempat la aku balik kg sekejap n sempat la aku tengok adam yang lepas xcident n tgk makcik aku kawen n kawan2 aku kawen...minggu tu jer 3 org member aku kawen huhuhu. dan ketika tgk kwn2 aku bersanding ada gak terdekit aik bile la plak aku punya time ni....camne nk kawen bf pun xde lagi hehehehe. ah xpe tu belakang citer. erm then minggu tu jugak aku miss tgk riri riza buat bengkel kat FINAS. sori erk en norman terpaksa balik kg. sebab aku balik kg bukan la kerana undangan kenduri kawen yg byk tetapi aku balik sebab mak dah rindu kat aku huhuhu.
erm ok berbalik kepada tajuk post aku......3BM vs PICISAN
persamaan:
-merupakan filem feature pertama hasil karya student fact without bantuan dari org luar...100% budak2 class aku buat.
-aku join kedua2 filem ni...(ni yg letih ni)-tp lain2 post
-kedua2 filem ni dibuat dengan budget yg sgt2 low....less then 10k n picisan less than 5k....
-lokasi kedua2 filem ni kat area2 selangor n kl jer sbb xde budget nk buat kat luar....
-masa pre pro yg sangat singkat...3BM -2 week PICISAN- 2 days....
-masa shooting pun sangat singkat less than 1 month.... 3BM (15 days) PICISAN (6 days)

perbezaan:
-cam kat atas gak.....budget n masa
-3BM aku as asst producer, director of marketing n promotion n still photographer n making off.....PICISAN me as audiogurl n merangkap bestboy.....
-3BM-dibawah bimbingan Dr. Hatta(Honour Showcase) / PICISAN-Dr Mahadi(Directing) (pesaing yang hebat)
-3BM - arahan Mamu/ PICISAN - arahan Faliq
-3BM -komedi /PICISAN-drama
-tayangan perdan 3BM -10 april/ PICISAN -xabis shoot lg....ada lg 7 scene .....


erm tu ar antara persamaan n perbezaan yang senjaga aku senaraikan..hehhe tp yg bestnya sem ni aku involve dalam 2 filem panjang...dan aku berbangga jika kedua2 filem ini berjaya. hehehe tgk ar lepas ni xde ar filem pendek jer ug berjaya dihasilkan oleh student...filem panjang pun dh boleh tau.

so pada semua yang membaca blog ni, semua di jemput untuk mghadiri tayangan perdana 3 Budak Melayu pada 10 april 2009 ini di bilik pancha delima, uitm kampus puncak perdana jam 8.30 malam...... see u there.....

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


rumah kecil ada kelambu a.k.a omah cilik eneng kelombu...BURUK.....  

Friday, March 6, 2009



tetiba terpanggil untuk membuat sedikit review mengenai filem pendek arahan Wak Dol juga merupakan salah seorang kawan aku, n aku juga sebenarnya terlibat secara tidak langsung dlm produksi filem pendek ini sebagai production manager.
ok berbalik kepada review yang aku nk buat ni....sebenarnya aku terpanggil oleh disebabkan munculnyer qoute mengatakan "saya lihat filem rumah kecil ada kelambu satu buah filem yang buruk"....alamak dan apabila saja mendengar qoute tu aku pun terus tanya kepada individu tersebut.." kenapa ....kata cerita itu buruk?"...then individu tu pun berkata....
"cerita filem tu dah cantik dah, setting pun dah cantik dah tp....sebenarnya akan lebih cantik jika cerita itu dilihat dari segi sudut pandangan anaknya...." dan maksud individu tersebut adalah cerita itu akan nampak lebih menarik jika sudut pandangan anaknya diberikan perhatian....lebih menarik jika sewaktu perbualan ayah dan mak itu hanya dibuat sebagai VO dan Video lebih tertumpu kepada anak yang sedang mendengar perbualan kedua orang tuanya. banyakkan tumpuan kepada xpresi wajah si anak. maka jelas bahawa cerita ini lahir daripada Point Of View si anak.
aku juga sedikit bersetuju dengan krikitan Dr ini. mungkin cerita ini lebih jelas dan menarik.
apa pun kepada pengarah ini, mungkin pengarah mempunyai ideologi dirinya sendiri bg menyampaikan cerita yang ingin disampaikan.

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


aku dan dugaan  

Wednesday, March 4, 2009

hari ni the whole day aku xde kelas so aku just stay kat umah n meneruskan keje2 aku di http://www.surfjunky.com/?r=julie277 so sapa2 nk tau apa yg aku buat just log in kat link td....then aku masak untuk kengkawan sbb diorg semua gi library. lepas masak aku dpt sms dari kak e yang mengatakan pasal abah.....mesej tu panjang dan disebabkan memori phone aku kecik n banyak lagi inbox yang aku x padam maka mesej tu aku x dpt penuh. aku dh risau ngan ayat terakhir kakak aku".....yang aku risau pasal abah dah x....???" ayat tu tergantung.
kepala aku terus pening apa yg berlaku kat abah...dan aku dh mula berfikir yg bukan2 "Ya Allah aku harap xde benda yang buruk berlaku kat abah.". tanpa membuang masa aku check balance hp maxis aku, yup ada lg baki rm 1.20...cukup kot utk aku call abah. aku terus call abah nk tanya keadaan abah. suara abah agak lain sikit tp abah cakap dia ok. erm aku pun xleh nk tanya lebih2 sbb kredit amat membataskan. tapi aku dapat rasakan yang abah sorok sesuatu dari aku, bila nk ckp ngan mak, abah kata mak jauh plak.xpe la aku letak phone n suruh abah sampaikan salam jerk.
petang tu aku try call kak e tp xdpt then time lepas mahgrib tu aku try call kak e. 2 tujuan aku call dia
1. say sorry sbb aku bgtau angah pasal dier punya masalah
2. tanya pasal abah

then kak e respond.
1. dia ckp xpe....tp dia segan la ngan angah n dia ngan mak pun dah ok
2. rupa2nyer abah xsihat....kene zink
then dia ckap lagi
3. Adam (adik aku) Xcident lagi...berlanggar ngan lori n keadaanyer belum diketahui...(Ya Allah xcident lagi....harap2 la xde aper2 yang berlaku)

aku terus nk call abah tapi kakak angkat aku plak yg angkat " harap maaf baki credit anda tidak mencukupi untuk membuat sebarang panggilan. sila tambah nilai untuk membuat panggilan selanjutnya...bye...." adoiyai creadit abis plak...then abg Jai bg pinjam hp dia untuk call abah.

thanks to him then aku terus call abah
dengar je sore abah aku terus tanya pasal kaki dia then abah jawab kaki abah ok je xde aper2. then tetiba aku dpt sms dr kak e ckp mata abah yg terkene zink. ooo ok aku pun tanya kat abah....biasa la bila aku dh berckp mesti la aku membebel kan pastu abah ckp dia ok. then aku tanya pasal adam, dia ckp adam kat hospital n xtau lg keadaannyer, lepas maghrib kot br abah ke hospital. kali ni aku xnak cakap lebih2 sebab aku xnak abah kecik hati lagi.

then sampai rumah, aku call angah dulu n cakap pasal adam xcident then aku call abah tapi xdpt, aku call syabaan then syabaan ckp abah dah gi hospital. aku terus call abah n time tu abah baru sampai hospital n khabar terakhir aku tau pasal adam, dia punya kaki n tangan patah.....Ya Allah patah lagi.....macamana lah keadaannyer dia skrg.

ADAM...adik aku yang kedua bongsu....sangat nakal, degil, kurang ajar and paling bermasalah....aku sangat sakit hati bila dia buat perangai....dah beberapa kali aku naik angin sampai aku n mak halau dia dr rumah...tp dia buat x reti jer......tapi bila dtg angin baik dier, xpayah suruh terus dia buat.....
tp walau apa pun berlaku kat dier aku tetap risau sebab dia adik aku....dia darah daging aku.....Ya Allah besarnyer dugaan yang Kau berikan pada aku dan keluarga aku....aku bermohon agar Adam masih boleh selamat dan panjangkanlah usianya supaya dia boleh menebus segala kesalahan yang telah dia lakukan.....Amin.....

AddThis Social Bookmark Button

Email this post