Yang Bergelar Lelaki 1 (part 1)  

Tuesday, September 28, 2010

Lelaki 1 (Part 1)

Dia yang bernama: Iskandar

Aku temui lelaki ini ketika berusia 16 tahun, dia mengajar apa itu erti rindu…erm…

“opss sori dik” kata seorang lelaki apabila tersentuh tangan aku apabila kami sama-sama terpegang sebatang pen yang berharga 80sen. Walaupun murah tapi itu memang pen favorite aku time sekolah-sekolah dulu.

“erm takpe abang ambil la dulu, banyak lagi pen tu”. aku berkata sambil menarik tangan aku dari tangan pemuda tersebut.

“erm takpe. Ladies first”, katanya sambil memberikan pen tersebut pada aku, dan aku hanya mampu mengucapkan terima kasih. Lalu meneruskan pencarian aku untuk benda-benda lain plak. Maklumlah time tu exam dah nak dekat so abah ada bagi duit untuk beli barang-barang untuk preparation. Selepas ambil pen tu aku berlalu ke bahagian fail plak. Tup-tup aku terpandang satu fail berwarna hijau dan ada lukisan kartun pooh…ye la zaman tu sangat glamor kartun-kartun Disney. Fail tu sangat menarikk minat aku menuju kearah fail tersebut. Dan nak dijadikan cerita, datang satu lagi tangan dari arah bertentangan turut sama mencapai fail tersebut.

“eh sori” cepat-cepat aku memohon maaf.

“Ish takpe, eh adik lagi”, kedengaran suara yang sama.

“lor abang lagi, aduh takkan nak beli fail ni jugak, ni fail orang pempuan la, ada kartun-kartun lagi” aku mula bersuara lagi kerana pelik, takkan orang lelaki macam dia nak beli fail camni.

“eh tapi memang abang nak beli fail ni, comel. Tak boleh ker?” dia menjawab.

Akhirnya aku mengalah, aku biarkan dia mengambil fail tersebut. Tapi diberinya fail yang berwarna hijau kepada ku dan dia mengambil yang berwarna biru tetapi cover yang sama.

“adilkan…..” katanya sambil berlalu.

Aduh pelik tu la mamat ni. Budak sekolah mana ni or student kat sini kot. Lelaki tersebut mula bermain di kepala sambil aku menuju ke bahagian shampoo dan shower. Mak pesan suruh beli syampu sebelum aku meninggal rumah tadi dan aku mencapai syampu rejoice 500ml dan terus menuju ke kaunter bayaran sebab aku kira dah terlalu lama aku kat supermarket itu dan perut pun dah lapar.

Setiba di meja kaunter aku terus meletakkan semua ketiga-tiga barang yang aku pilih dan tangan aku terus meraba-raba beg sandang aku untuk mencari not rm10 yang abah berikan sewaktu aku keluar dari rumah tadi. Alhamdulillah ada pun, dan tetiba sekali lagi aku terkejut, ada dua longgokkan dengan barang dan kuantiti yang sama diatas meja kaunter tersebut dan perlahan aku mengangkatkan kepala dan melihat kepada pemilik barang-barang tersebut dan sah orang yang sama. Sebatang pen yang bernilai 80sen, sekeping fail cover kartun pooh dan satu botol syampu rejoice 500ml.

“lagi, aduh ni nape tiru-tiru ni, dah takde keje lain ke?” aku mula meninggikan suara kerana sedikit bengang dengan keadaan itu.

“sori abang takde niat pun nak tiru adik, ok adik bayar dulu, ramai lagi orang beratur tu, ok jangan marah-marah”, dia cuba menenangkan aku.

Aku terus membayar barang-barang yang aku pilih dan terus meninggalkan mart tersebut. Kaki aku terus menuju ke sebuah kedai roti yang terletak di hujung bangunan sederet dengan mart tersebut. Setiba di kedai roti tersebut aku terus mencapai satu biji roti hot dog yang menjadi roti wajib dibeli jika berkunjung dikedai kek dan roti tersebut, kemudian mengambil 3 biji kuih tart telur untuk dibawa balik lalu membuka peti ais mengambil satu tin air cincau dan terus menuju ke kaunter bayaran. Konsep dikedai tersebut self service dan bayar sebelum makan. Selepas membuat bayaran mata aku melilau mencari meja kosong dan kebetulan ada satu keluarga sedang bangun untuk meninggalkan sebuah meja yang terletak betul-betul sebelah peti ais. Aku terus menuju ke meja tersebut. Dulang atas meja aku ketepikan dan duduk sambil membuka air tin. Tekak aku seakan-akan meronta untuk segera aku meneguk air cincau yang sejuk itu. Maklumlah pagi tadi selepas menjerit memberi komand kepada anak-anak buah pbsm di sekolah sehingga kini aku masih belum meneguk apa-apa air.

Sedang aku menikmati air cincau season tu tiba-tiba terdengar satu suara.

“hai adik, leh abang duk sini tak? Sebab takde meja kosong la” suara itu berkata

Hampir-hampir aku tersembur sebab suara itu betul-betul aku kenali dan aku terus berdiri dengan muka geram aku dan baru je aku nak buka mulut dia terlebih dulu bersuara.

“syuh….. jangan marah-marah ramai orang ni nanti adik malu, abang bukan ikut adik tapi kebetulan, saya duduk ye”, katanya sambil melabuhkan punggungnya dikerusi berhadapan dengan aku.

Aku terdiam dan sedar dikeliling aku ramai manusia yang sibuk berurusan dikedai ini. Mungkin weekend sebab tu ramai kot, aku turut duduk kembali.

“awak ni siapa hah, nape kita boleh beli barang yang sama dan tengok roti dengan air pun sama. Awak ni kenal kita ke?, kita tak kenal awak tau. Nape asyik ikut kita je” aku memulakan bicara.

“entah abg pun tak tau adik ni siapa, tapi tu la pelik dan mungkin inilah yang dikatakan jodoh” dia mula berseloroh

“dah la xpayah la nak mengarut. Nama abang siapa, duk mana dan keje ke belajar”, aku mula bertanya

“ok good, kita berkenalan ok, nama abang is, iskandar, asal perak dan umur 24 tahun, abang student akaun kat sini dan sekarang ni abang duduk kat tanam manis. Adik plak, sekolah kat sti kan”, dia mula memperkenalkan diri.

Sangkaan aku yang dia ni student ipt kat pekan ni memang betul.

“aha sekolah sti. Nama kita nadia dan panggil kita dya, duk kat kg olak batu, umur 16 tahun dan memang asal orang sini”, kali ni aku memperkenalkan diri aku dengan nada yang tenang.

Kami berdua berborak sehinggalah jam menunjukkan tepat 12 tengahari. Aku perlu segera pulang sebab perlu memasak tengahari untuk family dirumah dan aku perlu segera. Aku meminta diri dan Iskandar menawarkan dirinya untuk menghantar aku pulang kerumah, tetapi aku menolaknya kerana aku baru saja berkenalan dengan dia dan aku tidak pernah naik motor bersama lelaki selain dari ahli keluarga aku.


be continue....

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


Yang Bergelar Lelaki (intro)  

ya Ampun lamanyer aku xpost aper2 entry dlm blog aku ni. mmg nothing special about this blog but still byk citer yg xakan hilang.

so untuk entry kali ni aku akan post secara episod. entahlah masalah penggangguran yang sdg aku alami membuatkan aku rajin untuk menaip beberapa cerita yang mungkin boleh dikongsi bersama. cerita ni rekaan semata-mata, tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia. ini adalah dunia khayalan aku sendiri...maklumlah org kuat berangan. or terdapat watak yang sengaja aku ambil berdasarkan pengalaman aku sendiri..yang mana hehe xleh bgtau karang kantoi plak hehehe..sape2 yg tau tu diam2 sudah......

ok post berikutnya, lelaki satu part 1........

enjoy!!!!!

AddThis Social Bookmark Button

Email this post