BARAKA.....nice documentary film....  

Thursday, October 22, 2009


Tajuk: BARAKA
Tahun: 1992
Genre: Documentary
Pengarah: Ron Fricke

filem ini aku tonton masa kelas dokumentari tadi....dan 1st time td aku tgk bdk2 kelas aku kuar kelas lambat....hehe

ok filem ni dimulakan dengan pemaparan agama-agama yang ada kat dunia ni, Yahudi, Islam, Buddha...apa yang menariknya tentang dokumetari ni, shot dia superb....teknik fast dia mmg cun....then storynya pun jelas even xde "voice of god" takde interview tapi jalan cerita sgt jelas tentang apa yg ingin disampaikan oleh pengarah. aku terbaca sedikit informasi tentang filem ini, pengarah telah pergi lebih dari 23 buah negara dan kalau x silap penggambaran mengambil masa hampir 4 thn (nanti aku akan dptkan info yg lebih tepat)
pemaparan yang cuba disampaikan adalah
1st- perbezaan agama dan kepelbagaian agama diseluruh dunia.
2nd: lifestyle yang jelas berbeza jika dibandingkan antara negara-negara yang berada kat africa, india, berbanding dengan negara like Korea, Japan, sangat2 difference
dari aspek fahsion, pekerjaan, architecture,
3rd: dipaparkan tentang keunikkan yang ada kat dunia ni, flora n fauna...fall yang sgt cantik, shot burung terbang kat awan....membuatkan aku kagum!!!

perbezaan yang dipaparkan juga jelas kesibukkan yang dialami oleh negara2 maju dan ketenangan yg dialami oleh penduduk kat gurun2. nampak miskin tp mereka tenang. wajah2 3 org kanak yang duduk di pendalam dgn tanpa pakaian, dibaluti dengan uraian manik2, dan 3 orang kanak india yang memegang bakul di tempat pembuangan sampah dan mereka sedang mencari makanan atau apa saja yang boleh digunakan semula. berlaku perebutan sewaktu lori sampah datang...aduh daif sungguh mereka.
dan 3 orang kanak2 perempuan di depan LRT dan berpakaian seragam sekolah. bersih wajah mereka. pengarah menggunakan 3 orang kanak2 yang berbeza sebagai represent tentang keadaan mereka.....

melihat kepada keadaan yang berlaku dinegara-negara tersebut, aku sebagai rakyat Malaysia, sangat2 bersyukur sbb aku tinggal kat negara ni, dan bertuahnya aku mendapat family yang walaupun x senang tp cukup dengan apa yg ada....Alhamdulillah....

banyak yang menarik tentang dokumetari ni....walaupun hakikatnya aku xsempat nk tgk citer ni sampai habis...hope i can get a copy so leh layan...hehe

AddThis Social Bookmark Button

Email this post