FFM 22: TAHNIAH UNTUK 3BM & RUMAH KECIL ADA KELAMBU....  

Monday, August 3, 2009

Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan tahniah untuk semua ahli produksi 3 BUDAK MELAYU (arahan Mamu) dan crew produksi RUMAH KECIL ADA KELAMBU directed by Wak Dol....
telah berjaya memperolehi percalonan akhir top 3 untuk FESTIVAL FILEM MALAYSIA yang ke-22 yang bakal berlangsung pada hujung minggu ini.
xkisah apa pun keputusan nya nanti aku mengganggap kita semua sudah memang.....
teringat kata-kata Azmir (producer RKAK) sewaktu aku, dia dan BEBRA (prodecer 3BM) pergi menghantar borang untuk penyertaan bertarikh 5 julai 2009. kalau xsilap aku jam pada waktu itu menunjukkan hampir pukul 4.15 ptg sedangkan kami perlu menghantar borang tersebut di FINAS sebelum pukul 5 sbb itu adalah tarikh akhir penghantaran penyertaan.....waktu itu macam-macam yang berlaku dan hanya kami bertiga mengetahui......kami bertiga juga membawa amanat yang sangat besar oleh UiTM dengan membawa hampir 8 lagi pencalonan yang lain...iaitu karya kawan-kawan yang lain....masing2 risau...

Julie: azmir kau rasa sempat ke kita hantar ni??
Azmir: sempat kot, kita cuba je la dulu (azmir ni mmg seorang kawan aku yg always positive thinker)
Bebra: aha risau la xsempat nak hantar.....
Azmir: kau baca x kat paper masa pengarah odoi Odu di temubual selepas dia menang anugerah Karyawan Muda?
Julie: erm nape?
Azmir: dia cakap bahawa dia hantar penyertaan dia last minutes dan xsangka last minute tu la membawa kemenangan pada dia....
Julie: ye ke azmir??
Azmir: jadinyer kan kalau la salah satu yang kita hantar ni tercalon atau menang, mesti ko akan ingat saat ni....
aku dan bebra hanya tersenyum....

dan dialog itu la sedang bermain di minda aku, Alhamdulillah hasilnya, dua peryertaan yang kitaorg bawa itu tercalon ke top 3 walaupun belum tahu akan kemenangannya aku tetap bangga. sampai kat FINAS, kitaorg bertiga bersama seorang kawan kitaorg, MAMU (director of 3BM) tunggu kat sana. and hanya masa berbaki 15-10 minit lg pukul 5pm, kitaorg br sampai kat kauter...kesian akak tu terpaksa balik lewat sikit sebab uruskan penyertaan kitaorg...thanks to her....

aku rasa happy sgt sbb aku terlibat dengan kedua2 projek ini. RKAK- aku bidan terjun punya crew....tetiba hari shoting tu, aku menjadi Production Manager (PM) menguruskan makan minum utk krew...shot sewaktu hujan....dan banyak lg rintangan yang dihadapi tetapi bekerja dengan pengarah yang setiasa cool...WAK DOL akhirnya filem pendek ini berjaya....satu karya yang jujur dari hati pengarah....

3BM- erm projek final kitaorg. 1st feature film hasil sepenuhnya pelajar Honour Showcase ini dihasilkan dalam masa kurang dr 3 bln n very low budget, crew yg xprofessional, masa yang sangat singkat dan crew yang sangat ramai (makanya banyak kerenah) dan walaupun ada yg mengata kami buat filem ini hanya untuk markah, filem yg xde structure, kami terima semua kritikan. walaubagaimanapun Alhamdulillah filem ini juga berjaya ke top 3 FFM kali ni. erm tugas aku dlm produksi ini, as asst producer, making of, still photographer, marketing n promotion dan crew.semuanya sangat mencabar dan akhirnya projek ini berjaya disiapkan dan terlalu banyak masalah yang timbul sewaktu proses filem ini disiapkan....

walaubagaimanapun, aku rasa ini adalah satu kejayaan paling besar buat aku dan juga semua crew dlm produksi ini.....thanks to all dan tahniah kepada semua ahli produksi yang terlibat secara langsung atau tidak, kepada pihak FACT, dan pensyarah....harap2 kemenangan menyebelahi kita, AMIN....


3 BUDAK MELAYU

RUMAH KECIL ADA KELAMBU

AddThis Social Bookmark Button

Email this post