hadapi dengan senyuman........  

Monday, July 20, 2009


hadapi dengan senyuman,
semua yang terjadi,
akan terjadi,
hadapi dengan tenang jiwa.....
semua kan baik2 saja.....

itu adalah bait lagu di kumpulan Dewa...."Hadapi Dengan Senyuman"

tiap kali aku sedey, aku akan dengar lagu ni...sebab ada kekuatan dlm lagu ni yang membuatkan aku tenang.

dua minggu aku meninggalkan dia. dan hari ni bila terbaca mesej dia aku rasa satu perasaan....rindu. sebak bila fikirkan. tapi itulah yang aku nak dan aku kene tanggung. ciuman terakhir kat dahi dan kata2 dia sampai skarang terasa menusuk kat hati aku pergh time tu Allah je yang tahu. time tu br aku sedar mungkin dia betul2 jujur atau sebaliknya. andai dia betul2 jujur biarlah aku lepaskan. dan aku tau aku bukanlah yang terbaik untuk dia. dan apa yang aku lakukan ada sebab walaupun tanpa rela.....ye mmg ada cara lain untuk selesaikan masalah tapi kadang2 fikiran kita jadi singkat sebab terdesak.....

kadang-kadang kita terpaksa lepaskan benda yang kita sayang sebab kadang-kadang kita xmampu untuk memberi kebahagian kepadanya. xsemua perkara mampu dipuaskan dan buat apa terus bersama kalau hati sentiasa sakit, tidak ada kepercayaan atau menyembunyikan sesuatu......

harap dia bahagia tanpa aku dan berjaya menemui orang yang lebih baik. Amin.....
thanks kerana memberikan aku sedikit kasih sayang sewaktu bersama.

P/s: ditujukan kepada seseorang yang pernah bergelar kekasih.

AddThis Social Bookmark Button

Email this post