laptop membuat hal....  

Saturday, June 20, 2009

arghhhh tensionnyer. nampaknya laptop aku memang sedang menguji kesabaran aku. mana taknyer tengah bersemangat nak buat thesis tetiba semua fail thesis aku hilang..gone...dalam pendrive pun sama. sekali scan terus dia delete. tension. dah la virus semakin melular. memang kali ni proses cleaning kene dilakukan secepat mungkin. aku bercadang naik sem ni, terus format semua. tp aku perlukan nero untuk burn semua fail kat dalam hard disk aku. lepas tu baru la akan aku format laptop kesayangan aku. entah la cadang2 aku nk tread in tapi makin tu la dia buat hal....
ok la saja je nk luahkan perasaan. cc ni nk tutup dah...karang tetiba note...adakah anda seorang muslim akan keluar. bagus cc ni mengingatkan kita...ok esok sambung lg...
so sekadar luahan sebab aku tengah tension cari bahan thesis aku balik....huhuhu



p/s: pic laptop ni bukan laptop aku.....

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


aku dan cuti sem....  

Wednesday, June 3, 2009

erm hye lama aku x update blog aku ni. sbb2nyer adalah aku punya laptop mengalami masalah akibat serangan viris yg entah dtang dari mana... bengang tul. then atas bantuan kawan aku byxura, aku telah memformat balik laptop aku tetapi masalah lain timbul disebabkan aku xleh nk connect internet. maka tidak dpt la aku mengupdate aku punya facebook, blog, friendster. twitter n apaer2 lagi la kejadah haram tu. n paling la aku bengangkan lagi adalah aku xleh nk install microsoft 2007... ayak camne nk siapkan tesis aku ni. entah en norman terima ke x aku punya thesis sem depan. adoyai.maka aku balik ke kampung denan tidak membawa laptop kesayangan aku. dan kerja2 thesis tidak dapat dilakukan. tension bangat ni.
then seperti biasa aku balik kampung untuk membantu family. huhu jadi petani moden. tiga hari berturut2 aku turun sawah tolong abah aku. then duk umah memahirkan diri dengan kerja2 suri rumah sambil melayan astro. huhuhu

ok apa yg aku nk citer pasal kes semalam. bersamaan 2 jun. mau xnyer aku pagi tu beriya2 lepas buat sarapan, aku semangat la nk tolong abah ke kebun sbb aku rasa hampir 5thn aku xjejakkan kaki ke kebun sawit abah. then di pendekkan citer masa aku tengah tolong abah, tetiba abah kene kejar ngan tabuan...ayak then jarak antara aku n abah xde la jauh, selang satu pokok je, time tu abah dah lari lintang pukang, aku membatu kat pokok sebelah sbb aku ingat nk tunggu tabuan tu reda dulu then aku blah tetapi dijadikan citer tetiba ada sekor sesat kat kepala aku, apa lagi sakit giler then aku lari la sekuat hati aku, aku rasa itu la kali pertama aku lari pecut setelah hampir 10 thn aku tinggalkan time2 sekolah tu. time tu aku sedar yg belakang aku dh sakit2 giler n aku tau aku jugak turut dikejar, dengan puluhan tabuan. cilako tul tabuan ni. aku lari menuju kat abah, kat situ ada tempayan berisi air agak2 kene kejar lg mmg aku terjun kat tempayan tu.

lepas tu br aku sedar yang belakang aku nk mmg dh disengat n aku rasa more than 10 sengatan. aku terus balik n abah ajak gi klinik. 1st time aku menangis kesakitan. mmg sakit giler time tu.n rasa nk pitam n pengsan. nasib baik jiran aku ada kete, then he send me n abah ke klinik.

sampai klinik, aku diberi injection. then baru lega sikit sakit tu. lepas tu aku terpaksalah menangguhkan kepulangan aku ke shah alam keesokkan harinyer. makanya aku akan balik on khamis or jumaat. then hari ni badan aku sedang membengkak. tp everything dah ok dah hehehe.

huhu tu je aku nk citer. hehehe see @ next post....

AddThis Social Bookmark Button

Email this post