laskar pelangi- antara kejujuran dan realiti.......  

Sunday, April 19, 2009


erm sbenarnya dh lama aku nk tulis pasal review ni tp sebab sibuk dengan urusan peribadi membuatkan aku menangguhkan review untuk filem arahan RIRI RIZA. pengarah muda dari indonesia. aku tidak berpeluang untuk bertemu dengan dia sewaktu kunjungannya ke FINAS yang dianjukan oelah kawan-kawan aku sendiri atas sebab2 urusan keluarga....

sewaktu aku mendengar lagu Laskar Pelangi nyanyian kumpulan Nidji dan bila aku dapat tahu yang lagu tersebut adalah lagu tema untuk sebuah filem, aku menjadi tertarik untuk menonton. puas aku cari kat youtube, ares, torent n mana2 je la link yg boleh download movie....tp xde lagi. xpe la ku tunggu sampailah satu hari member aku, by ckp dh ada kat youtube...then oleh sebab aku dan seisi penghuni rumah menggunakan maxis broadband yg satu modem di share dgn 3 laptop maka agak slow la untuk aku download. maka selama 2 hari yg sgt sibuk aku luangkan sdikit masa utk mgdownload filem ini....

akhirnya selamat didownload sebyk 12 part.

persepsi aku sewaktu mdgr lagu tersebut ver akustik, aku rasakan filem ini mungkin sama mcm filem2 arahan riri yg lain seperti gie, 3 hari selamanya n bla... dan setelah menonton..yes xde la lari sgt konsep asal ceritanya. lebih kepada menceritakan perjalanan sesebuah watak. tp masa aku dgr lagu dr OST ni aku ingat citer dia ala2 AADC, Tentang cinta atau BBB(Bukan Bintang Biasa) means citer ala2 remaja.

tetapi kelainan di utarakan dalam filem ini dgn mempertengahkan kanak2 sbg watak utama, dan kawasan kepulauan yang kurang mendapat perhatian dan isu kapitalis.
sangat menarik. melihat filem ini mengingatkan aku kepada filem-filem sperti dari Iran like white Ballon, Children of Heaven n blah....n sedikit ala2 Zhang Yimao punya filem....Not One Less. kesungguhan seorang guru dipaparkan.

menggunakan sedikit teori neo realism...kerana pelakon kebanyakkan adalah pelakon amatur. seting lokasi juga adalah menarik. tak sangka Indonesia mempunyai pemandangan yang sangat cantik.

isu yang cuba dipaparkan juga mengingatkan kepada filem Not One Less..... bagaimana sebuah kawasan pendalaman yang tidak mempunyai perhatian walaupun negara tersebut dikatakan maju. indonesia pula mmg dikenali sbgai negara yang mempunyai penduduk yang ramai dan masalah kemiskinan.

isu lain yang ingin disampaikan adalah mengenai isu keagamaan. bagaimana sebuah sekolah agama yang tidak mempunyai perhatian seperti sekolah2 lain yang mempunyai subjek pelajaran yang telah dimodenkan.
diselitkan juga dengan percintaan perbezaan kaum. dan revolusi Suharto masih ada dalam filem ini kerana masyarakat cina juga masih menggunakan bahasa indonesia. bagaimana kemiskinan menghalang seseorang itu berjaya dan perkara tersebut amat myedihkan.

walaubagaimanapun, diakhir penceritaan tidak diceritakan mengenai kisah2 murid laskar pelangi dan sekolah tersebut. walaubagaimanapun, kejayaan salah seorang daripada murid sekolah tersebut dapat mewakili semua anak2 murid tersebut.

walaubagaimanapun, filem ini sangat menarik dari segi isu, jalan cerita, lakonan. bagai sesiapa yang mengemari filem2 realism, anda patut menonton filem ini...hehehhehe

AddThis Social Bookmark Button

Email this post