27th- Insident ke-3  

Wednesday, April 29, 2009

ok setelah sekian lama memerap post ni akhirnya aku postkan jugak atas sebab desakan orang trsayang....huhuuh

ok lepas je siap kemas umah, aku dpt call from someone untuk ajak kuar mlm tu. adoiyai nk kuar ke xnk ni.....duk fikir, kemas part aku dh siap tp part rumah xsiap lg...then aku memohon permission dr nopa, n iela.
malam tu lepas isyak aku pun kuar la dengan someone ni.....

dia ajak aku ke KL konon2 nk ajak minum air buah.....ala kat area2 balai bomba menara TM. then sungguh sadis sebab kedai tu full house..aduh kempunan aku. sebab dia dh cakap air buah kat situ best. then kitaorg pun kuar dr kedai tu...argh xkira one day aku nk gi gak minum kat situ.
after then kitaorg pergi ke tujuan asal kitaorg...iaitu nk gi mkn char kuew teow kat dpn Vistana tu.

lepas mkn kitaorg pun balik, then dlm kete otw balik tu la...dlm sedar xsedar aku telah memberikan satu jawapan yang aku rasa aku berikannya tanpa berfikir. "He ask me to more serius...in our relationship...."...do i ready about that???
then aku pun terima dia n give him a time percubaan....so just look either berjaya x hubungan kitaorg...

bayangkan dlm masa 2 day kitaorg berjumpa then he want more serius.... aku amik cabaran ni sebab aku rasa pun dh tiba masanya untuk aku terima seseorang dlm hidup aku....

Che Mohd Faizal....i will try my best untuk hubungan ini....
i am not single yet rite now.....waaaaa.....

finish all ready insiden yang berlaku pada aku pada tarikh keramat 27hb....ini bermaksud lg 3bln umur aku akan genap 24th years old...hehhee....

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


27th April - insiden ke-2  

Tuesday, April 28, 2009

erm ok lepas bengang ngan kes slip exam aku n aku xnk fikir...aku nk fikir balik benda ni esok....hehe...ok then lepas exam, aku seperti biasa konon2nyer cemerlang sgt (sebenarnya dh xtau nk jawab ape) aku bersama2 kwn2 yg lain kuar 1/2 jam awal...hanya pelajar2 yg betul2 cermelang je stay...less than 15 person...yg lain semua dh blah....hehe then aku n the gang..( Aku, Nopa, Lipan, G-jan, Mamu, Ek, Kak ROsy) lepak kat kedai pak Halim sambil2 makan2 n malas nk fikir pasal exam. pastu meeting pasal 3BM sbb nk buat PC kat FINAS pertghan bln 5. then balik rumah, lepak kejap pastu teruk sambugn kemas rumah...sebab hari ni aku berpindah bilik sbb bilik master aku dh ada orang masuk bilik tu, so aku sementara akan duk bilik 2nd.... erm then berkemas la sampai ke maghrib....

SEBELUM....


SELEPAS....

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


27th April - Insiden pertama........  

hye exam dh abis....bestnyer..tp apa gunanya exam abis kalau mark carry ke sem depan.....aku teringat satu poster peringatan yg UITM kuarkan untuk student2nya. dan poster tu akan tertampal kat sewaktu proses pendaftaran....tp yes kali ni aku terkene....memang kene la word "ALPHA MEMBAWA PADAH"...nk tau sebab aper? sebab aku dh buat BIG MISTAKE....ok citernye camni.... aku ngan kwn2 yg amik subjek kritikan bertungkus lumus study siap study thru ym lg ngan lipan...n study ngan nopa plak erm sambil main daun terup sambil study dan yes ianya berkesan.....
on the day masa exam...bgn awal terus study...then kul 2 sampai kat dewan peperiksaan dlm kul 2.10. pengawas peperiksaan en aidi panggil masuk...pergh dengan lafaz Bismillah...n langkah kaki kanan aku masuk, dan duduk dimeja hadapan sekali sbb meja tu stabil hehehe. then peperiksaan bermula. aku baca soalan2 Alhamdulillah aku akn cuba buat yg terbaik. tgh aku membaca soalan yg ke 5 utk part A, En Zack dtg amik aku punya slip kehadiran exam, then dia tegur mengenai kod subjek yg aku tulis. time tu aku xperasan sbb ingat aku yg salah tulis, then time tu la aku br perasan YA ALLAH...subjek ni bukan subjek yg aku amik...TIDAK!!!!. dlm slip tertulis Critical Writing tetapi paper yg aku sdg jawab tu Screen Critism....Ya Allah time tu tuhan je yg tahu , kebetulan En NY ada dlm dewan then dia ckp just do it ur exam, xpe nanti kita jumpa n discuss... Ya Allah time tu aku blank...empty aku xtau nk buat aper.hampir setgh jam aku duk diam, berfikir ttg perkara yg aku xleh nk fikir... aku pegang pensel tapa tulis aper...tgk paper tanpa membaca apa2. I am lost. lepas setgh jam,aku menggucap Dua Kalimah Syahadah n tarik nafas panjang2, then aku jawab soalan dgn tenang. walaupun ada a few soalan yg agak sukar...wah tension!!!!...what ever pun aku dh lepas paper ni n now, aku kene selesaikan perkara ni kat ofis kalau x...abis pointer aku sem ni...mmg mengelabah. so guy please pray for me ok....."ALPHA MEMBAWA PADAH".......


AddThis Social Bookmark Button

Email this post


110....hujung2 sem..giler ni...  

Sunday, April 19, 2009

erm hari ni agak banyak kejutan yang berlaku....
hari ni aku menghabiskan masa dgn kwn2 n kak ngan sbb dia tengah ada masalah besar...
masalah yang membuatkan aku berfikir mengenai kehidupan masa depan....tapi walau macamana pun...aku bangga dengan angah, sbb dia sgt opimistik walaupun dia perlukan masa. angah..be strong ok.
pastu aku pun seperti biasa mghabiskan masa untuk ym bersama seseorang...sedang2 best punya online tetiba aku dpt sms dr big bos utk PICISAN....dan mesej tersebut memerlukan aku dan ahli2 produksi yang lain mengeluarkan duit rm110.....gara2 bayaran untuk membaiki van yg kitaorg gunakan untuk shooting tempoh hari.
huhu dan by pun terus ym kat aku...huhuhu mana nk cari rm110 tgh2 hujung sem ni dengan tempoh 2 hari..wah tension2x...

what should i do.....berusaha2...chaiyok...huhuh:((

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


laskar pelangi- antara kejujuran dan realiti.......  


erm sbenarnya dh lama aku nk tulis pasal review ni tp sebab sibuk dengan urusan peribadi membuatkan aku menangguhkan review untuk filem arahan RIRI RIZA. pengarah muda dari indonesia. aku tidak berpeluang untuk bertemu dengan dia sewaktu kunjungannya ke FINAS yang dianjukan oelah kawan-kawan aku sendiri atas sebab2 urusan keluarga....

sewaktu aku mendengar lagu Laskar Pelangi nyanyian kumpulan Nidji dan bila aku dapat tahu yang lagu tersebut adalah lagu tema untuk sebuah filem, aku menjadi tertarik untuk menonton. puas aku cari kat youtube, ares, torent n mana2 je la link yg boleh download movie....tp xde lagi. xpe la ku tunggu sampailah satu hari member aku, by ckp dh ada kat youtube...then oleh sebab aku dan seisi penghuni rumah menggunakan maxis broadband yg satu modem di share dgn 3 laptop maka agak slow la untuk aku download. maka selama 2 hari yg sgt sibuk aku luangkan sdikit masa utk mgdownload filem ini....

akhirnya selamat didownload sebyk 12 part.

persepsi aku sewaktu mdgr lagu tersebut ver akustik, aku rasakan filem ini mungkin sama mcm filem2 arahan riri yg lain seperti gie, 3 hari selamanya n bla... dan setelah menonton..yes xde la lari sgt konsep asal ceritanya. lebih kepada menceritakan perjalanan sesebuah watak. tp masa aku dgr lagu dr OST ni aku ingat citer dia ala2 AADC, Tentang cinta atau BBB(Bukan Bintang Biasa) means citer ala2 remaja.

tetapi kelainan di utarakan dalam filem ini dgn mempertengahkan kanak2 sbg watak utama, dan kawasan kepulauan yang kurang mendapat perhatian dan isu kapitalis.
sangat menarik. melihat filem ini mengingatkan aku kepada filem-filem sperti dari Iran like white Ballon, Children of Heaven n blah....n sedikit ala2 Zhang Yimao punya filem....Not One Less. kesungguhan seorang guru dipaparkan.

menggunakan sedikit teori neo realism...kerana pelakon kebanyakkan adalah pelakon amatur. seting lokasi juga adalah menarik. tak sangka Indonesia mempunyai pemandangan yang sangat cantik.

isu yang cuba dipaparkan juga mengingatkan kepada filem Not One Less..... bagaimana sebuah kawasan pendalaman yang tidak mempunyai perhatian walaupun negara tersebut dikatakan maju. indonesia pula mmg dikenali sbgai negara yang mempunyai penduduk yang ramai dan masalah kemiskinan.

isu lain yang ingin disampaikan adalah mengenai isu keagamaan. bagaimana sebuah sekolah agama yang tidak mempunyai perhatian seperti sekolah2 lain yang mempunyai subjek pelajaran yang telah dimodenkan.
diselitkan juga dengan percintaan perbezaan kaum. dan revolusi Suharto masih ada dalam filem ini kerana masyarakat cina juga masih menggunakan bahasa indonesia. bagaimana kemiskinan menghalang seseorang itu berjaya dan perkara tersebut amat myedihkan.

walaubagaimanapun, diakhir penceritaan tidak diceritakan mengenai kisah2 murid laskar pelangi dan sekolah tersebut. walaubagaimanapun, kejayaan salah seorang daripada murid sekolah tersebut dapat mewakili semua anak2 murid tersebut.

walaubagaimanapun, filem ini sangat menarik dari segi isu, jalan cerita, lakonan. bagai sesiapa yang mengemari filem2 realism, anda patut menonton filem ini...hehehhehe

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


study week bermula makanya exam smakin hampir!!!  

Wednesday, April 15, 2009

uhu......dh study week so bila study week bermula, maka dengan itu akan bermulalah exam week...cepat je masa berlalu tetiba dh final. tp sem ni aku ada satu paper jerk ...iaitu paper mr. NY. kritkan. erm subjek ni agak tough la....so must work hard.
study week ....erm org lain duk study tp aku sibuk siapkan saimen yg sedang menanti datelinenyer.....

time exam ni pun byk saimen yg kene sumbit....maka dgn itu mungkin aku akan balik after 8hb 5 sebab itu adalah tarikh last saimen terakhir punya dateline.

aku tengok kearah kolej, kosong, dan aku pasti kat library pun mesti xramai orang....mana semua student uitm....erm mesti balik kg kan sbb study week xde kelas so bolehlah balik kg....huhuhu.

last 2 days aku kuar dgn seorang member aku ni, budak master engineering n study kat UPM. skrg UPM tgh exam week. masa lepak ngan dia kitaorg bercerita pasal student life. yes dpt byk perbezaan antara 2 universitinya terutama mengenai student lifenyer. kat UPM time study week ni la UPM tu akan jadi busy, library penuh, sbb member aku ni pun before jumpa aku dia dr library UPM. huhu aku sebagai student UITM terasa ar huhu sbb aku pun jarang2 pergi library.
hehe so the moral of the story study week untuk study bukan untuk bercuti hehehehe:D
n pada kengkawan aku yg dh final tu gudluck dlm menyiapkan thesis sbb aku punya chapter one pun xsiap lg...huhu mesti NY reject aku punya thesis sem depan wawawawa!!!
n kengkawan yg ada exam sem ni.....gud luck ok.....

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


3 Budak Melayu - Tayangan Perdana  

Saturday, April 4, 2009


to all my friends n blogger......
dengan ini menjemput semua rakan-rakan, blogger, atau sesiapa yang berminat untuk menonton tayangan Perdana 3 BUDAK MELAYU, hasil karya pelajar Honour Showcase 09. Berikut adalah detail mengenai event tersebut:

Tarikh: 10 April 2009
Lokasi: Studio Pancha Delima, UiTM Puncak Perdana
Masa: 8.30 Malam

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


3BM vs PICISAN  

Thursday, April 2, 2009

semester ni aku rasa mcm nk giler dah sbb setiap minggu kene shooting..wawawa!!!! sampaikan kulit aku pun dah rentung akibat shooting. adoiyai.
baru last week aku shoting directing then last two week before ni aku br je abis shoting 3BM. n aku menghabiskan masa selama 4 minggu pada setiap hujung minggu untuk kuar shooting.....nasib baik la aku xde bf..kalau la aku ada bf sure mgamuk bf aku sbb xde masa untuk dia. hehehe. then after abis shooting tu sempat la aku balik kg sekejap n sempat la aku tengok adam yang lepas xcident n tgk makcik aku kawen n kawan2 aku kawen...minggu tu jer 3 org member aku kawen huhuhu. dan ketika tgk kwn2 aku bersanding ada gak terdekit aik bile la plak aku punya time ni....camne nk kawen bf pun xde lagi hehehehe. ah xpe tu belakang citer. erm then minggu tu jugak aku miss tgk riri riza buat bengkel kat FINAS. sori erk en norman terpaksa balik kg. sebab aku balik kg bukan la kerana undangan kenduri kawen yg byk tetapi aku balik sebab mak dah rindu kat aku huhuhu.
erm ok berbalik kepada tajuk post aku......3BM vs PICISAN
persamaan:
-merupakan filem feature pertama hasil karya student fact without bantuan dari org luar...100% budak2 class aku buat.
-aku join kedua2 filem ni...(ni yg letih ni)-tp lain2 post
-kedua2 filem ni dibuat dengan budget yg sgt2 low....less then 10k n picisan less than 5k....
-lokasi kedua2 filem ni kat area2 selangor n kl jer sbb xde budget nk buat kat luar....
-masa pre pro yg sangat singkat...3BM -2 week PICISAN- 2 days....
-masa shooting pun sangat singkat less than 1 month.... 3BM (15 days) PICISAN (6 days)

perbezaan:
-cam kat atas gak.....budget n masa
-3BM aku as asst producer, director of marketing n promotion n still photographer n making off.....PICISAN me as audiogurl n merangkap bestboy.....
-3BM-dibawah bimbingan Dr. Hatta(Honour Showcase) / PICISAN-Dr Mahadi(Directing) (pesaing yang hebat)
-3BM - arahan Mamu/ PICISAN - arahan Faliq
-3BM -komedi /PICISAN-drama
-tayangan perdan 3BM -10 april/ PICISAN -xabis shoot lg....ada lg 7 scene .....


erm tu ar antara persamaan n perbezaan yang senjaga aku senaraikan..hehhe tp yg bestnya sem ni aku involve dalam 2 filem panjang...dan aku berbangga jika kedua2 filem ini berjaya. hehehe tgk ar lepas ni xde ar filem pendek jer ug berjaya dihasilkan oleh student...filem panjang pun dh boleh tau.

so pada semua yang membaca blog ni, semua di jemput untuk mghadiri tayangan perdana 3 Budak Melayu pada 10 april 2009 ini di bilik pancha delima, uitm kampus puncak perdana jam 8.30 malam...... see u there.....

AddThis Social Bookmark Button

Email this post