aku dan aku.....  

Friday, October 31, 2008

apa yang sedang aku fikirkan..........

sempurnakan kita........

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


selamat hari raya....  

Thursday, October 9, 2008

1st of all nk wish selamat hari raya kat semua yang mengenali aku......
erm talk about raya?....
raya tahun ni aku kurang bersemangat sikit sbb 1 week before raya aku sibuk nk settlekan shoting dop. erm nanti aku citer pasal shoting tu....skrg nk citer pasal raya.

aku balik kampung agak lewat tahun ni biasa lagi 3 atau 4 hari aku dh ada kat kampung nk buat a apa yg patut kat umah aku tu, tp tahun ni aku balik 2 hari b4 raya, n 1 day b4 raya br aku sampai kampung sbb aku balik ke melaka dulu (umah angah) then baru la balik kampung yang tercinta, kg Olak Batu, Pt Raja, Bt Pahat, Johor.

erm seperti thn yg lain 1 day before raya mak sibuk nk wat punjungan n aku n kak ngah sampai lambat...sampai2 je terus tolong mak. mlm tu lepas buka puasa, aku terus la ke dapur cuci periuk2, n kuali2 yg besar gabak.....mak aik penat giler.....xpe la mak ngan kak e lg penat kot (dlm hati ini berbisik) so aku teruskan sampailah selesai. penat x usah ckp la aku punya penat shoting pun x hilang lagi....

diteruskan dgn keesokkan paginyer, operasi mengemas umah. aku amik tender pasang langsir, sarung kusyen n cuci lantai kat beranda.....lepas tu anyam ketupat. lewat petang semua keje2 tu selesai hasil usaha adik beradik yg ada. mlm plak turn aku cuci pingan mangkuk, gelas n bekas kuih. siap tu gi buat kuih raya satu jenis, pastu tolong cabut bulu ayam....wahahh raya thn ni mkn ayam kampung...best tu,

esk pagi tolong mak masak, aku masak ayam masak kicap n sambal kacang. mak masak lodeh. pastu isi kuih dalam balang. n makan bersama family.

pagi tu lepas mkn n sembahyang raya, sesi memohon maaf ngan family, lepas tu gi beraya umah pakcik kat depan umah, satu umah je pergi pastu patah balik ke umah sendiri sbb umah aku adalah umah ke-2 lepas pakcik aku akan diserbu oleh sepupu2 n anak2 sedara aku. utk trip pertama lebih kurang 30orng akan memenuhi ruang tamu aku....perh ramainyer sepupu sepapat aku....itu br 1 st trip. 1st trip balik, masuk 2nd trip...yg ni kuantitinyer berkurangan sikit dalam 15 orang jer. aku non stop kat dapur cuci pingan, gelas, potong ketupat.....duk dapur je la aku pagi raya. pastu trip yg ke-2 aku rehat jap sambil melelapkan mata. xsampai 10 minit, ada orng bg salam...terus bgn lagi 3rd trip sampai......kali dalam 10 org.

lepas trip ke 3 balik aku n family bersiap2 nk gi umah embah (atuk aku), br nk kuar rumah, ada lg dayoh sampai lg. makcik2 aku kali ni belah mak plak. ada la dalam 25org....pun aku melakukan kerja yg sama. selesai tu br la gerak ke umah embah.

sampai umah embah jumpa lg pakcik2 aku, then lepas tu gi plak umah makcik aku. lepas tu br la balik umah. mlm sambung lg beraya kat umah makcik aku (belah abah). so total umah yg sempat dikunjungi masa 1st raya adalah 4 buah rumah. n jumlah sedara mara yg bertandang ke umah aku dalam 100 orang. perh leh tahan gak.

ok la tu la citer aku di hari raya (1st day je)....

hari2 yg lain aku gi umah nenek sedara n makcik2. pastu ikut baraan.

*punjungan-satu aktiviti dibulan puasa iaitu masak mcm ala2 kenduri, pastu makanan tu hantar satu kampung aktiviti ini dilakukan didalam masyarakat jawa.
*dayoh- dalam bahasa jawa bermaksud tetamu
*baraan- aktiviti marhaban dalam bahasa jawa.

AddThis Social Bookmark Button

Email this post