sapa2 yang perlukan model....  

Friday, June 27, 2008

Kengkawan ada sapa2 yang memerlukan model atau pengacara untuk rancangan terbitan korang, if anda memerlukan bakat-bakat baru ini sila email kepada saya isshah277@yahoo.com

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


aku hanya persinggahan......  

Monday, June 23, 2008

tiga hari aku menghabiskan masa bersama dengannya dan dalam tempoh itu juga aku cuba untuk mengenali dirinya. pertama kali bersama aku dapat rasakan dia sama seperti lelaki lain yang pernah aku kenali tapi kata-katanya sering memberikan aku kekuatan unutk mengetahui kebenaran isi hatinya. tapi sejauh mana kebenaran kata-katanya.
bila dia mendapat call dari x dia hati aku cukup sakit melihat cara dia bercakap. begitu mesra, lembut.....aduh sakitnya hati ni. tapi aku xtunjuk sakitnya hati ini. baik la aku mendiamkan diri. ikutkan hati malas nk jumpa dia lg untuk hari kedua tp time ni la aku nk kenali dia so aku sanggup turun shah alam. naik tren lg.....bila sampai je aku bukak laptop dia alamak ramainya kawan pempuan dia......semakin tipis harapan untuk terus bersama.
lepas tu dia datang n kitaorg berdiscuss, terlalu sukar untuk dia membuat pilihan dan lagi best dia kata susah sgt dia nak amik balik x dia. ampun gugur rasanya jantung aku, tp cover cool aku bg dia semangat n xsalah untuk dia terima ex dia sebab kesalahan yang ex dia buat bukan la besar sgt dan masih boleh dimaafkan. xsalah kita memaafkan orang dan xsalah juga unutk memberi peluang kali kedua untuk ex dia. tp peluang untuk aku? ada ke?
hati aku sebak bila bagi kata2 semangat kat dia. hati aku berkata, biar la dia buat keputusan yang terbaik untuk diri dia dan anak2. banyak kekuatan yang ada pada ex dia untuk bersama kembali. kenangan dia orang bersama, anak-anak, keluarga........
adakah aku perlu menangis lagi untuk kali kedua dihadapnya......tidak aku xmahu tunjuk kelemahan diri aku. aku harus kuat untuk tempuhi segala-galanya.
hari ketiga aku terlalu letih untuk berborak atau bermesra bersama. waktu dia balik pun aku just bukak pintu then sambung tidur lagi. mungkin terlalu penat dengan perjalanan dari rembau ke kl, kl ke shah alam......shoting pada hari tersebut begitu membuatkan aku letih dan xbermaya. aku hanya tersedar bila ada susuk tubuh memeluk tubuhku dari belakang dan aku hanya membiarkan keadaan tersebut. pagi tu kami dikejutkan dengan bunyi telefon dan seperti biasa ex wife dia call untuk mengejutkan dirinya. walaupun dah berpisah, ex wife dia xpernah lupa tanggungjawab untuk mengejutkan dirinya. sewaktu dia sedang mandi, telefonnya kembali berbunyi dan tertera nama ayang......siapa ayang ni. yang pastinya itu bukanlah ex wifenya. aku membuka hpnya dan mencari folder sms. yang pastinya dalam list mesej recived tertera nama 3 wanita yang pastinya.....mama, ayang, n sarimah......siapa mereka dalam hidup dia? patutlah terlalu sukar untuk dirinya membuat keputusan.
selama 3 hari bersama dengannya, aku reda jika dia hanya menjadikan aku sebagai persinggahan...........

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


kekosongan bukan kesepian  

Saturday, June 7, 2008

erm hari ni rasa boring plak. tak tau nk wat aper.....semlm janji ngan sorang member ni nk tgk wayang...last2 xjadi. ptg td nk swiming ngan iela pun xjadi jugak.........huhuhu aper yang dirancangkan semuanya tak menjadi. sejak aku berpisah dengan ex aku dulu....aku rasa terlalu kosong. walaupun kawan2 ramai tapi tetap rasa sunyi sebab mungkin xde someone yg care kot....tp dulu time bercinta dengan dia pun aku rasa sunyi gak sebab dia keje......

tapi sebenarnya aku tetap bahagian walaupun dalm kesepian. kekosongan bukan kesepian sebab kawan2 dan family sentiasa ada untuk menghappykan diri aku. dan sebenarnya ini lah yang aku cari selama ini untuk bebas tanpa ikatan.....huhuhuh bahagianya.

tp itu la aku pun manusia biasa, perlukan perhatian tp xde sapa pun yang bagi...kadang2 rasa sedey gak tp kejap je la pastu tau la aku cari kawan2 huhuhu......

jadi kesimpulannya adalah kekosongan bukan la kesepian..........

AddThis Social Bookmark Button

Email this post